HARAP DAPAT TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI SEBELUM MENGAMBIL SEBARANG BAHAN ATAU MAKLUMAT ...T/KASIH

Coretan Buat Diri Sendiri....

Coretan Buat Diri Sendiri....

Tuesday 29 May 2012

BAG SANDANG PELBAGAI GUNA

Assalamualaikum dan salam sejahtera....lama tidak bersua...rasanya belum terlewat untuk saya ucapkan selamat bercuti kepada semua rakan guru dan juga anak-anak murid/pelajar semua. Oleh kerana cuti sekolah, maka hari ini saya ingin bercerita tentang cuti sekolah.....Kesempatan yang sedikit in saya ingin berkongsi hasil kerjatangan saya selama beberapa hari cuti sekolah ini. Bag2 yang dikongsi ini adalah tempahan dari rakan2 yang sentiasa memberi semangat kepada saya untuk meneruskan kerjatangan saya dalam jahitan dan sulaman walaupun pada masa sekarang saya mennyiapkannya hanya pada musm cuti sekolah sahaja....apa2 pun terima kasih kepada semua kerana sudi menunggu agak lama dan memahami situasi saya sebagai seorang isteri, guru, pelajar PJJ, ibu, anak, suri rumah dan sebagainya .....lega rasanya dapat tunaikan janji....dan moga segala kerja buat saya sentiasa mendapat rahmat dariNYA...insyallah

 Saiz M -2 poket di dalam dan 2 poket di luar
 Milik adik Hana Nabiha SKKK 1

 Saiz S - 2 poket di dalam dan 3 poket di luar  
Milik Cikgu NoorLiza Kota Bharu, Kelantan

  Saiz L 2 poket di dalam dan 2 poket di luar
 Milik Cikgu Zuraida Shah Alam

 Tiga saiz berbeza

Wednesday 16 May 2012

SEMAKAN KENAIKAN GRED DG GURU

Assalamualaikum dan salam sejahtera......kepada rakan-rakan cikgu yang masih belum membuat semakan kenaikan GRED DG A29 KE DG A32 bolehlah membuat semakan di link  KPM seperti dibawah....semoga kita semua bersyukur di atas limpahan rezeki yang dikurniakan dan tidak melupakan kepada mereka yang berhak menerima sebahagian daripada rezeki yang kita perolehi.....semoga kita semua sentiasa dirahmati olehNYA...insyallah...


SELAMAT HARI GURU


(GAMBAR HIASAN SUMBER DARI GOOGLE)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..... lama benar rasanya tidak bercatatan di blog ini....memandangkan sejak akhir2 ini banyak pula  peristiwa dan catatan yang perlu saya utamakan untuk dimuatkan dalam blog rasmi sekolah......maka dengan sendirinya blog peribadi kesunyianlah jawabnya.....walau apapun di kesempatan yang sedikit ini saya ingin mengucapkan  SELAMAT HARI GURU  kepada guru-guru yang telah banyak memberi ilmu kepada saya dalam apa jua ilmu dan seterusnya kepada semua insan yang bergelar guru....sesungguhnya tanpa adanya seorang guru disisi saya, tak mungkin saya dapat menulis, mencatat, membaca seperti hari ini.....TERIMA KASIH CIKGU...........jasa kalian tetap berada di sanubari.............semoga cikgu-cikgu saya sentiasa  dirahmati hendaknya.....insyallah....amin..........

Friday 4 May 2012

LEMBARAN KERJA MURID TEMA PERALATAN DAPUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera....pada hari yang penuh dengan kerberkatan ini saya ingin berkongsi Lembaran Kerja Murid - tema peralatan dapur....kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini dan berminat untuk mendapatkannya, caranya mudah aje.....tinggalkan jejak anda di blog ini (follow) kemudian download secara percuma, dan yang paling penting buat salinan berikan kepada anak2 didik kita semua untuk proses P & P...itu sahaja, mudahkan????....semoga dengan perkongsian ini akan bertambah keberkatan bersama hendaknya.....amin....

Hasil Kerjatangan Dan Sulamanku..... Slideshow: NH’s trip to Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

ASMAUL-HUSNA

AL-QURAN ON-LINE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...