HARAP DAPAT TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI SEBELUM MENGAMBIL SEBARANG BAHAN ATAU MAKLUMAT ...T/KASIH

Coretan Buat Diri Sendiri....

Coretan Buat Diri Sendiri....

Sunday 28 October 2012

SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN IPGM KB


Assalamualaikum dan salam sejahtera...pada pagi ini saya ingin kongsi maklumat yang diperolehi dari web utama IPGM KB...khas untuk semua pelajar IPGM KB tentang peperiksaan akhir semester.....

Slip kelayakan menduduki peperiksaan boleh dicetak melalui website www.upenipgkkb.edu.my seperti berikut :

26 Oktober 2012 -- PISMP Sem 2 , 4 & 6
 
27 Oktober 2012 -- PISMP Sem 8 ,DPLI Sem 2 & PPISMP Sem 3
 
28 Oktober 2012 -- PPISMP Sem 1 & 2
 
29 Oktober 2012 -- PPG Sem 2
 
01 Nov 2012 --------- PPG Sem 3
 
Sila pastikan semua pelajar :
    - Menghantar semua tugasan kerja kursus
    - Lulus dalam semua tugasan kerja kursus
    - Cukup kehadiran ke kuliah
 
Sekian, terima kasih. Semoga perkongsian ini mendapat kebaikan bersama.Insyallah...

Tuesday 23 October 2012

SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN PPG IPGM KB


Assalamulaikum dan salam sejahtera.....pada petang yang mendamaikan ini saya ingin berkongsi satu maklumat penting yang telah disampaikan dalam taklimat peperiksaan pagi tadi di IPGM KB. SLIP PEPERIKSAAN PPG November, 2012 boleh di DOWNLOAD dari web RASMI IPGM KB mulai 26 Oktober, 2012. Sekian, terima kasih.

Monday 22 October 2012

KELAS TAMBAHAN PPG (PKHAS) SEM 3 IPGM KB


Assalamualaikum dan  salam sejahtera....kesempatan yang ada pada hari ini saya ingin menyampaikan pesanan daripada pensyarah Pend Khas(BI), Tn. Hj. Salime IPGM KB. Perhatian dan makluman ditujukan kepada semua rakan-rakan yang seangkatan dengan saya iaitu Pelajar PPG (Pendidikan Khas) Sem 3/2012 IPGM Kota Bharu, kelas tambahan BI Pend. Khas, (pensyarah Tn. Hj. Salime) akan diadakan pada ketetapan berikut:-
 
TARIKH : 3 NOVEMBER, 2012
HARI : SABTU
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : BILIK KULIAH, IPGM KOTA BHARU

Sehubungan dengan itu, di harap kita semua dapat menghadirinya tanpa aral yang melintang. Insyallah.

Sunday 21 October 2012

JADUAL PEPERIKSAAN PPG SEM 3 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....bersama-sama ini saya ingin berkongsi sebagai peringatan buat diri sendiri .....Jadual peperiksaan PPG Sem 3 2012 IPGM Kota Bharu .....maklumat lanjut boleh didapati di web IPGM KB. Terima kasih


Wednesday 17 October 2012

FROG SPOT OH FROG SPOT


Salam bertemu kembali.....rasa saya FROG SPOT bukanlah sesuatu yang asing bagi kita semua terutama yang bergelar pendidik.... sejak akhir-akhir ini semua sekolah sedang memberi kursus pendedahan kepada semua guru, kakitangan dan seluruh warga sekolah tentang FROG SPOT. Tidak ketinggalan juga sekolah saya....dan saya juga telah mengikuti kursus ini dengan jayanya....pada mulanya saya rasa 'kekok' juga sebab telah terbiasa dengan BLOG SPOT tetapi berkat kesungguhan menuntut ilmu akhirnya alhamdulillah apa yang telah diberi penerangan sehingga hari ini dapat dilaksanakan dengan kemampuan yang maksima oleh saya.....kepada rakan-rakan yang belum membuatnya percayalah ianya menarik dan tidaklah sesukar mana....insyallah semua orang mampu membuatnya selagi kita boleh membaca menulis dan yang penting kesungguhan dalam mengutip ilmu dari yang lebih pandai.....ianya sesuatu yang baru amat baik dan bernilai untuk semua, guru, murid, pentadbir, kakitangan dan tidak ketinggalan para ibu bapa.....kesempatan yang ada pada hari ini saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan guru yang benyak berkongsi ilmu tentang FROG SPOT, semoga ilmu yang diperolehi mendapat keberkatan dariNYA...insyallah.....cuma apa yang penting sekarang....hanya kita sebagai pelaksana......tepuk dada tanya hati.....

UJIAN DIAGNOSTIK

 Assalamualaikum dan salam sejahtera....terima kasih dan selamat bertamu buat rakan-rakan yang sudi berkunjung ke laman ini....Pada entri kali ini saya ingin berkongsi contoh soalan Ujian Diagnostik Untuk Murid-murid PPKI bagi matapelajaran Matematik.....Kepada yang berminat diizinkan mengambilnya untuk digunakan kepada anak didik kita semua....bukan semata-mata untuk tujuan lain....apa yang kurang harap dapat ditambah nilai dan yang sememangnya kelemahan pada diri saya sendiri....


Saturday 13 October 2012

HASIL KRAF SAYA - SULAMAN BAJU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....terima kasih kepada para tamu yang dirahmati.....entri kali ini saya ingin berkongsi hasil kerjatangan saya sendiri......baju sulaman....terima kasih kepada rakan  empunya baju...harapan saya moga berpuas hati dengan sulaman saya ini....kepada rakan-rakan yang berminat untuk membuat tempahan....boleh ke FB saya untuk mendapat maklumat lanjut....terima kasih....jom cuci mata....



Monday 8 October 2012

LINK PEMBELAJARAN MENARIK


Assalamualaikum dan salam sejahtera....kesempatan yang ada pada hari ini saya ingin berkongsi satu laman pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak.....mungkin ramai antara kita telah biasa menggunakannya dan telah lama mengetahuinya....tetapi saya nak kongsi jugak....biarpun hanya untuk diri sendiri....terima kasih...........

ini linknya....... http://www.starfall.com

Sunday 7 October 2012

COVER BUKU RANCANGAN MENGAJAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Entri kali nie,,,,saya ingin berkongsi koleksi COVER BUKU RANCANGAN MENGAJAR yang dijahit oleh saya sendiri untuk rakan-rakan sekolah, rakan-rakan kuliah, rakan-rakan guru dan rakan-rakan di alam maya FB.....kepada yang berminat untuk membuat tempahan bolehlah ke FB saya untuk meklumat selanjutnya....jom cuci mata.....





 

SAAT-SAAT GETIR


Assalamualaikum dan salam sejahtera....terima kasih kepada para tetamu yang sudi berkunjung ke teratak budak baru belajar ini....di doakan moga kita semua beroleh kerahmatan hendaknya. Kuliah sudah, kerja kursus sudah, BIG sudah, seminar sudah, exam WAJ sudah....ada satu lagi yang belum dan yang belum inilah yang meresahkan jiwa raga, akal fikiran dan sentiasa bermain di kepala....peperiksaan untuk 4 Mpelajaran yang amat-amat ditakuti dan digeruni......apa tidaknya....semua nota, catatan, buku dan apa sahaja bahan telah dibaca....namun apa yang dibacapun saya sendiri tak tahu....tapi yang hairannya kalau bercakap, berbual. baca, lihat, tengok tentang jahitan atau sulaman mudah pulak ingat......kalau macam nie....apa yang akan ditulis pada hari peperiksaan nanti....ku bermohon pada Mu YaAllah moga dipermudahkan segala urusanku dan sentiasa di bawah lindungan mu YaAllah.....Amin....insyallah
Hasil Kerjatangan Dan Sulamanku..... Slideshow: NH’s trip to Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

ASMAUL-HUSNA

AL-QURAN ON-LINE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...