HARAP DAPAT TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI SEBELUM MENGAMBIL SEBARANG BAHAN ATAU MAKLUMAT ...T/KASIH

Coretan Buat Diri Sendiri....

Coretan Buat Diri Sendiri....

Monday 26 November 2012

HOBI SAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ....didoakan agar kalian semua dirahmati hendaknya...insyallah...Kesempatan yang sedikit ini sekali lagi NS ingin berkongsi hasil hobi di masa lapang di musim cuti sekolah dan cuti SEM 3 PPG ini....alhamdulillah kerana telah diberikan ruang masa yang bernilai...jom layan gambar COVER BUKU RPH GURU BERTANGKAI....seperti biasa kepada rakan-rakan yang berminat boleh hubungi NS di FB untuk maklumat lanjut...terima kasih....





Saturday 24 November 2012

COVER BUKU RPH UNTUK GURU

Assalamualaikum dan salam berkunjung kepada semua para tamu yang di sayangi semua....hari ini masih lagi cuti sekolah merangkap cuti semester 3 PPG 2011...alhamdulillah masih lagi diberi peluang dan ruang untuk berbicara, berkongsi ilmu, dan berkarya dalam bidang jahitan dan sulaman....kesempatan yang ada hari ini NS ingin berkongsi hasil kerjatangan sendiri yang disiapkan dalam minggu ini untuk tempahan daripada Cikgu Salmani dari SK Bunuhan......terima kasih dan diharap tuan empunya berpuas hati dengan hasil yang telah disiapkan....Jom tengok apa istimewanya Cover Buku RPH ini.....

Pandangan hadapan, sulaman logo KPM, nama guru dan no kakitangan, butang dan bunga hiasan

Pandangan belakang cover buku terdapat 1 poket terbuka, butang bungkus


Pandangan bahagian dalam....

Pandangan hadapan Cover Buku RPH bertali.......

Seperti biasa kepada rakan-rakan yang berminat untuk membuat tempahan boleh ke FB saya....terima kasih


Sunday 18 November 2012

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera....hari ini merupakan minggu ke 2 cuti sekolah, dan ini bermakna sudah 2 minggu juga NS bekerja sebagai tukang jahit, tukang sulam, suri rumah dan bla,bla,bla lagi.....hari ini NS ingin berkongsi hasil kerjatangan sendiri yang masih panas-panas lagi, baru disiapkan untuk tempahan seorang rakan FB....terima kasih kepada Cik Ucumima yang sudi membuat tempahan dengan NS....semoga beiau berpuas hati dengan hasil kerjatangan ini....Insyallah....kepada para tamu yang berminat boleh ke FB saya untuk maklumat lanjut....tkasih..jom layan.......


Sarung Bantal Kusyen.....untuk Cik Ucumima.....terima kasih




Wednesday 14 November 2012

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....belum terlewat rasanya sy ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua tamu yang dirahmati....pada musim cuti sekolah juga bermulalah satu lagi tugas saya sebagai tukang jahit dan tukang sulam.....kerja-kerja jahit menjahit dan sulam menyulam giat dilakukan sepanjang cuti sekolah.... sepanjang beberapa hari cuti sekolah ini saya berkesempatan menyiapkan 2 tempahan bag .....untuk mengisi masa lapang disamping mengilapkan lagi bakat yang sedikit ini....kedua-dua tempahan ini adalah kepunyaan Cg. Shamsiah SKDH1, moga berpuas hati dengan hasil kerjatangan saya.....insyallah....kepada rakan-rakan yang berminat boleh mengubungi saya melalui FB saya ....terima kasih....

Pandangan Hadapan bag....terdapat 2 poket tanpa zip

Bag pelbagai fungsi.....sesuai untuk disimpan alat mekap dan juga alat tulis....

Pandangan bahagian dalam bag....1 poket terbuka dan 1 poket zip

Kedua-dua bag nie untuk kepunyaan anaknya.....



Thursday 8 November 2012

NOTA EXAM PKP3106

Assalamualaikum dan salam sejahtera....kepada rakan-rakan yang memerlukan NOTA PKP 3106 untuk rujukan boleh mendownloadnya sendiri...terima kasih

Friday 2 November 2012

SLIP PEPERIKSAAN IPGK KB

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....semakin mendebar dan mendebarkan.....peperiksaan akhir semester semakin hampir dan hampir....kepada semua rakan-rakan PPG S3 IPGM yang belu mencetak slip peperiksaan....boleh mencetaknya di laman IPGM KB Unit Penilaian IPG KKB. Saya telah pun selamat mencetaknya dan rasa mengigil-gigil tanpa sebab..............sekian terima kasih.
Hasil Kerjatangan Dan Sulamanku..... Slideshow: NH’s trip to Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

ASMAUL-HUSNA

AL-QURAN ON-LINE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...