HARAP DAPAT TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI SEBELUM MENGAMBIL SEBARANG BAHAN ATAU MAKLUMAT ...T/KASIH

Coretan Buat Diri Sendiri....

Coretan Buat Diri Sendiri....

Thursday 25 April 2013

ANAK BELAJAR DARI KEHIDUPANNYA

Perkongsian Bersama..........Peringatan Buat Diri Sendiri


ANAK BELAJAR DARI KEHIDUPANNYA,,,,

Anak yang selalu dikritik, akan suka mencerca...
Anak yang selalu diusir, akan jadi garang...
Anak yang selalu dicemuh, akan jadi pemalu...
Anak yang selalu diberi malu, akan merasa bersalah...
Anak yang selalu diberi galakan, akan mendapat keyakinan...
Anak yang selalu dipuji, akan pandai menghargai...
Anak yang dibela dengan adil, akan belajar keadilan...
Anak yang terjamin kehidupannya, akan mempunyai kepercayaan...
Anak yang mendapat perakuan, akan yakin akan dirinya...
Anak yang diterima dengan mesra dan kesejahteraan,,,,,,,,,,,,,,
akan belajar mencintai alam semesta.

Tuesday 23 April 2013

SURAT RASMI UJIAN AMALI PKB3107 IPGM KB

Assalamualaikum dan salam sejahtera....kepada semua rakan-rakan dan sahabat yang seangkatan PPG Pendidikan Khas Sem 4/2013 IPGK KB.....

SURAT RASMI DARI IPGM KAMPUS KOTA BHARU UJIAN AMALI PKB3107

Maklumat lanjut boleh layari WEB IPGK KB. Terima kasih

Monday 22 April 2013

PEPERIKSAAN AMALI KEMAHIRAN URUS DIRI PENDIDIKAN KHAS

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA....MAKLUMAN KHAS UNTUK SAHABAT-SAHABAT PELAJAR PPG SEMESTER 4 2013 KELAS PENDIDIKAN KHAS IPGK KB. 

TARIKH PEPERIKSAAN AMALI ADALAH PADA 27 APRIL, 2013 (SABTU).

 SURAT RASMI DARI IPG AKAN DI UPLOAD ESOK. Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

Sunday 21 April 2013

PANTASNYA MASA BERLALU



Assalamualaikum dan salam sejahtera.....cepat dan pantasnya masa berlalu semester 4 bakal ditinggalkan dalam beberapa minggu sahaja lagi......semua tugasan, pembetulan, teguran telah diselesaikan...hanya menunggu masa untuk menduduki peperiksaan amali dan juga menjawab soalan di dewan peperiksaan....semua perasaan telah berkampung di minda.....takut dan gerun menuju ke dewan peperiksaan sentiasa bermain di kotak fikiran.....namun apa yang pasti ianya akan tetap di lalui.....kepada para sahabat, rakan taulan yang sama-sama mengharungi suka duka sepanjang tempoh dua tahun ini...harapan dan doa moga kita semua akan berjaya menamatkan perjuangan ini dalam hanya 4 semester lagi (lebih kurang).....ingatan buat diri sendiri dan rakan-rakan semua....selamat membaca, menghafal, menelaah dan selamat menjawab di hari peperiksaan.....semoga kita semua akan lulus dengan cemerlang...insyallah....suka duka sepanjang hampir dua tahun berlalu akan sentiasa segar diingatan sebagai tanda murid tua yang belajar.... merangkak-rangkak untuk mengejar sebuah impian mengenggam segulung IJAZAH.....insyallah kita semua akan menggengamnya di tahun 2015......insyallah....

Saturday 20 April 2013

CONTOH SOALAN ULANGKAJI EDU3105

Assalamualaikum dan salam sejahtera....kepada rakan-rakan PPG terutama PPG Pendidikan Khas IPGKKB....bersama-sama ini dikongsi contoh soalan ulangkaji untuk EDU3105 seperti yang telah dimaklumkan semasa interaksi 5 baru-baru ini. Kepada semua rakan selamat menjawab dan semoga kita semua di permudahkan segala urusan...insyallah.....


Thursday 18 April 2013

EVIDEN MURID


Assalamualaikum dan salam sejahtera.....seminggu yang telah berlalu merupakan minggu sibuk saya.......keletihan, kekalutan hasil dari kesibukan ini tidak mampu diucap dengan kata-kata....namun alhamdulillah walaupun dalam kekalutan dan kesibukan tugas yang tidak pernah habis....saya sempat juga membuat EVIDEN MT untuk murid-murid di sekolah saya.....oleh itu kesempatan yang sedikit ini saya ingin berkongsi apa yang sempat saya sediakan.....walaupun ianya tidak hebat, canggih, cantik dan sebagainya....tetapi bagi saya ianya cukup memuaskan hati kerana ianya disediakan oleh saya sendiri yang bertujuan digunakan untuk anak-anak didik saya di sekolah.....pada kali ini saya hanya ingin berkongsi 1 helai sahaja.....mungkin untuk seterusnya ada masa, luang dan waktu atau sekiranya mendapat sambutan dari para tamu sekalian....insyallah saya akan paparkan diruangan ini......sesungguhnya apa yang baik datangnya dari PENCIPTA dan yang lemah serta kurang itu adalah dari diri saya sendiri.............


Wednesday 17 April 2013

HARGAILAH DAN SAYANGILAH DENGAN IKHLAS.......

Assalamualaikum dan salam sejahtera....Selamat Datang dan terima kasih kepada para tamu yang sudi bertandang di laman maya ini....Petikan cerita di bawah telah saya jumpai di blog http://syazalina83.blogspot.com....oleh kerana saya merasakan ada sesuatu yang tersirat di dalam cerita ini.....maka sebagai ingatan buat diri sendiri dan saya juga ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua.....selamat membaca.....

 Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
" Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan? "

" Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya. "

" Baiklah...apa yang saya harus buat? "


" Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas. "


" Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. "


Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

" Mana rumput yang cikgu suruh petik? "


" Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik. "


" Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. "


Mengapa dicari secantik Balqis,
andai diri tidak sehebat Sulaiman..

Mengapa mengharap teman setampan Yusof
jika kasih tidak setulus Zulaikha.....

Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim
andai diri tidak sehebat Siti Hajar..

Mengapa didambakan teman sehidup
yang sempurna Muhammad
jika ada keburukan pada diri..

Bimbinglah dirinya dan terimalah
kekurangan itu sebagai keunikan..
Carilah kebaikan itu pada dirinya.
Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya
dan berdoalah dia milikmu...
Terima kasih kepada Sumber Bahan :http://syazalina83.blogspot.com
 

Tuesday 9 April 2013

DOKUMEN STANDARD PRESTASI KSSR TAHUN 1 PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

DOKUMEN STANDARD PRESTASI KSSR TAHUN 1 PENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PEMBELAJARAN)

BAHASA MELAYU
BAHASA INGGERIS
MATEMATIK
PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN MORAL
PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENGURUSAN TINGKAH LAKU
PENGURUSAN DIRI
KEMAHIRAN MANIPULATIF
PENDIDIKAN JASMANI
MUZIK

Renungan Buat Diri Sendiri....

Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun.
 
Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini akan dapat membantu ramai orang dan mendapat keberkatan hendaknya. Insyallah.....

Monday 8 April 2013

SURAT PEKELILING PERLAKSANAAN KSSR PENDIDIKAN KHAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera....kepada rakan-rakan yang mencari Surat Arahan Perlaksanaan KSSR Pendidikan Khas untuk simpanan peribadi boleh melayari link di bawah untuk keterangan lanjut.


DOKUMEN STANDARD PRESTASI KSSR TAHUN 3 PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

DOKUMEN STANDARD PRESTASI KSSR TAHUN 3 PENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PEMBELAJARAN)

BAHASA MELAYU
BAHASA INGGERIS
MATEMATIK
PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN MORAL
PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENGURUSAN TINGKAH LAKU
PENGURUSAN DIRI
KEMAHIRAN MANIPULATIF
PENDIDIKAN JASMANI
MUZIK

Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini akan dapat membantu ramai orang dan mendapat keberkatan hendaknya. Insyallah......

DOKUMEN STANDARD PRESTASI KSSR TAHUN 2 PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....dalam kesibukan menguruskan bahan-bahan yang diperlukan oleh pensyarah untuk interaksi akan datang....tidak saya lupakan pada tugas hakiki sebagai guru PPKI Masalah Pembelajaran.....kesempatan yang terbatas ini saya ingin berkongsi bahan dan makumat KSSR PKhas (LD).....kepada rakan-rakan yang sedang mencari untuk simpanan sendiri boleh download dan kepada rakan-rakan yang telah lama berada dalam simpanan....diharap usah tertawa....sekian terima kasih....

DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN KHAS TAHUN 2


Semoga perkongsian yang sedikit ini akan membuahkan keberkatan berpanjangan hendaknya. Insyallah

Friday 5 April 2013

CONTOH SOALAN ULANGKAJI

Assalamualaikum dan salam sejahtera....kesempatan yang sedikit ini saya ingin berkongsi link CONTOH SOALAN ULANGKAJI EDU3105.....kepada rakan-rakan yang berminat.....sila tekan perkataan Read More dibawah.....

DAWAI OH DAWAI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.....hari ini saya sekadar ingin ingat mengingati terutama pada diri sendiri yang sering kelupaan....Sabtu nie 6 April, 2013 kelas PPG interaksi ke 4 bermula jam 8.00 pagi hingga lewat petang....masa interaksi tiga yang lalu pensyarah PSV3105 ada berpesan supaya semua pelajar membawa DAWAI semasa perjumpaan ke 4 untuk membuat aktiviti seni secara praktikal di dalam kelas.....oleh itu diharap saya sendiri juga kepada rakan-rakan yang seangkatan tidak melupai apa yang telah di pesan itu....sekian........DAWAI OH DAWAI....

Monday 1 April 2013

PERANCANGAN AKTIVITI PBSM 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Kesempatan yang sedikit ini...saya ingin berkongsi Perancangan Aktiviti Kokurikulum Untuk PBSM sekolah rendah....semua perancangan yang dibuat berdasarkan aktiviti yang akan di jalankan setiap minggu perjumpaan Aktiviti Kokurikulum. Semua Nota dan Maklumat di perolehi dari sumber rujukan internet dan mungkin akan disesuaikan semasa perjumpaan bersama murid.....kepada rakan-rakan yang berminat sila tekan perkataan READ MORE dibawah....


MAKLUMAN DAN PESANAN PSV3105

Assalamualaikum dan salam sejahtera....Makluman kepada semua rakan2 PPG SEM4 PEND KHAS IPGM KB....PESANAN DARIPADA PENSYARAH PSV3105....semua pelajar dikehendaki membawa semua hasil karya seni (tugasan) yang telah disiapkan untuk di tunjukkan kepada pensyarah dan dibincang semasa interaksi ke 4 Sabtu 6 April, 2013. Sekian, untuk makluman dan tindakan sekanjutnya.....terima kasih.
posted from Bloggeroid
Hasil Kerjatangan Dan Sulamanku..... Slideshow: NH’s trip to Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

ASMAUL-HUSNA

AL-QURAN ON-LINE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...