Pages

Monday, 25 November 2013

AKTIVITI CUTI SEKOLAH LAGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera....masih lagi dalam bercuti dan masih memegang jawatan sebagai tukang jahit....alhamdulillah sepanjang beberapa hari ini saya sempat menyiapkan tempahan dari rakan-rakan yang sabar menunggu....semoga mereka semua berpuas hati dengan hasil kerja tangan saya....tanpa merapu yang bukan-bukan.....jom cuci mata........


 Cover box aksesori....tempahan dari Pn. Ziana...terima kasih

 Pelbagai alas dekorasi ruang tamu dan dapur...tempahan dari Pn. Azura....terima kasih

Pelbagai alas deko dapur....tempahan dari Pn. Marshitah....terima kasih

Kepada rakan-rakan yang berminat boleh ke FB saya ...tkasih.

Tuesday, 19 November 2013

AKTIVITI HARIAN SEMPENA CUTI SEKOLAH

Setiap kali tibanya musim cuti sekolah....mahu tak mahu saya pasti akan memegang jawatan tambahan sebagai tukang jahit....Setelah beberapa hari bercuti ini saya sempat siapkan....tempahan cadar, 2 buah tote bag pelbagai guna dan 2 helai tuala sulaman....jom cuci mata.....


 Tote bag pelbagai guna saiz M
 


  Tote bag pelbagai guna saiz M

  Pandangan bahagian dalam cadar....getah keliling cadar menutup tilam


Wednesday, 13 November 2013

RESEPI 'MARTABAK BISKUT JAGUNG'



Assalamualaikum dan salam sejahtera....Selamat berehat buat teman-teman seperjuangan....sempenan cuti kelepasan baru-baru ini saya sempat membuat "Martabak Biskut Jagung". Ianya merupakan makanan kegemaran keluarga saya dan yang paling penting ianya mudah disediakan dan sedap dimakan. Bersama-sama ini saya kongsikan resepi yang amat-amat mudah ini untuk tatapan sesiapa sahaja yang ingin mencubanya.....Selamat Mencuba.....

 

RESEPI MARTABAK BISKUT JAGUNG

1/2 bungkus biskut jagung "Cream Crackers Cap Ping Pong"
 (saya pernah guna cap lain tapi rasanya kurang enak)
1 tin sardin "Mackerel"
1 tin susu cair
9 biji telur ayam gred A (pukul bersama susu cair hingga sebati)
2 labu bawang putih (ditumbuk halus)
Sedikit mentega
Beberapa sudu rempah kari daging (saya anggarkan sahaj)
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit Garam dan serbuk perasa

Cara-cara Membuatnya :-
1. Tumis bawang putih bersama rempah kari seperti kita nak masak kari.
2. Setelah agak sebati masukkan isi sardin bersama sedikit kuahnya dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan garam, serbuk perasa dan sesuaikan rasa. Angkat.
4. Didalam dulang pembakar / loyang (saya guna pemangan/periuk ajaib) sapukan sedikit marjerin.
5. Bahagikan susu kepada 3 bahagian. 2 bahagian campurkan dengan telur. Kacau sampai sebati antara telur dan susu cair.
6. 1 bahagian lagi rendamkan biskut jagung sekejap sebelum diatur ke dulang pembakar/loyang.
7. Aturkan biskut yang telah direndamkan dengan susu cair tadi di atas dulang pembakar/loyang. Selang selikan dengan sardin yang telah ditumis tadi. Seterusnya curahkan susu yang telah dicampur telur tadi di atas permukaan sardin. Ulang semula dengan meletak biskut dan begitulah sehingga akhirnya biskut berada di permukaan atas.
8. Taburkan sedikit mentega di permukaan biskut.
9. Bakar atau kukus lebih kurang 40 - 50 minit.
10. Sedia untuk dihidangkan. Boleh disesuaikan dengan pencicah (sekiranya suka).


Selamat Mencuba....

Monday, 11 November 2013

SEKADAR BERKONGSI





Assalamualaikum dan salam sejahtera....Video yang saya paparkan ini adalah hasil daripada percubaan yang dibuat belajar sendiri.....entah kali ke berapa....saya sendiri tidak terbilang....walau apapun saya amat-amat bersyukur kerana sentiasa di beri kesempatan untuk belajar....kepada mereka yang telah pakar dalam bidang ini, mohon maaf kerana ianya tidaklah begitu canggih....dan kepada sesiapa yang merasakan ianya sesuai untuk anak-anak didik bolehlah download....semoga perkongsian yang sedikit ini akan mendapat keberkatan berpanjangan....insyallah

ALHAMDULILLAH SELESAI SUDAH....

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera....salam bertamu buat semua teman yang sudi berkunjung ke teratak usang ini....didoakan semoga kita semua berada dalam lindunganNYA....insyallah.......

Kesempatan yang sedikit ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah IPGM KB yang terlibat secara langsung atau tidak, rakan-rakan kuliah PPG Pendidikan Khas Jun 2011 , sahabat handai, rakan taulan, kaum keluarga yang disayangi, suami tercinta yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan serta anak-anak yang sentiasa dihati.....diatas tunjuk ajar, bimbingan, bertukar pandangan dan pengorbanan yang mengiringi hidup saya sepanjang semester 5 ini....Sesunggunya saya tidak mampu membalas dan hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.....Harapan dan doa moga kita semua yang berhubung di alam maya ini akan sntiasa mendapat rahmat dariNYA insyallah.........Alhamdulillah tepat jam 4.33 petang tadi saya telah selesai menduduki peperiksaan semester 5 PPG....Harapan dan doa moga jawapan yang diberikan dapat memenuhi kehendak pensyarah dan saya lulus dengan Cemerlang...Jika di beri keizinan insyallah berjumpa lagi di Semester 6...Insyallah

Friday, 8 November 2013

SALAM TAKZIAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera....kesempatan yang sedikit ini saya ingin mengucapkan SALAM TAKZIAH buat keluarga Cikgu Rasnila, Ketua Kumpulan PPG Pendidikan Khas IPGM KB, di atas pemergian bonda tersayang baru-baru ini. Sesungguhnya kita hanya merancang, ALLAH jua yang menentukannya....


......................................ALFATIHAH.....................................

Monday, 4 November 2013

NOTA TAMBAHAN SEJARAH TERAPI PASIR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....kepada rakan-rakan PPG SEM 5 IPGM KB PENDIDIKAN KHAS, bersama-sama ini saya kongsi NOTA TAMBAHAN SEJARAH TERAPI PASIR dari pensyarah PKB3109. Sekian, harap maklum dan selamat membaca.