Pages

Wednesday, 13 November 2013

RESEPI 'MARTABAK BISKUT JAGUNG'



Assalamualaikum dan salam sejahtera....Selamat berehat buat teman-teman seperjuangan....sempenan cuti kelepasan baru-baru ini saya sempat membuat "Martabak Biskut Jagung". Ianya merupakan makanan kegemaran keluarga saya dan yang paling penting ianya mudah disediakan dan sedap dimakan. Bersama-sama ini saya kongsikan resepi yang amat-amat mudah ini untuk tatapan sesiapa sahaja yang ingin mencubanya.....Selamat Mencuba.....

 

RESEPI MARTABAK BISKUT JAGUNG

1/2 bungkus biskut jagung "Cream Crackers Cap Ping Pong"
 (saya pernah guna cap lain tapi rasanya kurang enak)
1 tin sardin "Mackerel"
1 tin susu cair
9 biji telur ayam gred A (pukul bersama susu cair hingga sebati)
2 labu bawang putih (ditumbuk halus)
Sedikit mentega
Beberapa sudu rempah kari daging (saya anggarkan sahaj)
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit Garam dan serbuk perasa

Cara-cara Membuatnya :-
1. Tumis bawang putih bersama rempah kari seperti kita nak masak kari.
2. Setelah agak sebati masukkan isi sardin bersama sedikit kuahnya dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan garam, serbuk perasa dan sesuaikan rasa. Angkat.
4. Didalam dulang pembakar / loyang (saya guna pemangan/periuk ajaib) sapukan sedikit marjerin.
5. Bahagikan susu kepada 3 bahagian. 2 bahagian campurkan dengan telur. Kacau sampai sebati antara telur dan susu cair.
6. 1 bahagian lagi rendamkan biskut jagung sekejap sebelum diatur ke dulang pembakar/loyang.
7. Aturkan biskut yang telah direndamkan dengan susu cair tadi di atas dulang pembakar/loyang. Selang selikan dengan sardin yang telah ditumis tadi. Seterusnya curahkan susu yang telah dicampur telur tadi di atas permukaan sardin. Ulang semula dengan meletak biskut dan begitulah sehingga akhirnya biskut berada di permukaan atas.
8. Taburkan sedikit mentega di permukaan biskut.
9. Bakar atau kukus lebih kurang 40 - 50 minit.
10. Sedia untuk dihidangkan. Boleh disesuaikan dengan pencicah (sekiranya suka).


Selamat Mencuba....

No comments:

Post a Comment