Assalamualaikuam dan salam sejahtera....lama sungguh tidak menjenguk laman sesawang ini dek kesibukan yang melanda ruang dan masa yang amat terhad.....Kesempatan yang sedikit ini saya mengucapkan syukur alhamdulillah kerana pengalaman pengajian PPG IPG selama 4 tahun telah berakhir dengan pengakhiran cerita yang mengembirakan dan penuh bermakna. Tanggal 20 Ogos, 2015 maka dengan rasmi berakhirnya sebuah catatan pengalaman sebagai mahasitua di IPG KB. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan IPG KB kerana sudi meraikan perpisahan kami pelajar PPG KOHOT 1 dengan mengadakan majlis perpisahan penuh bermakna sekali.....selepas ini saya pasti akan merindui saat2 sibuk dan kelam kabut menyiapkan pelbagai tugasan yang di amanahkan....dan untuk itu sekali lagi saya dengan rasa rendah diri mwngucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua pensyarah dan pihak pengurusan IPG KB samada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Kohot 1.....kepada pensyarah yang terlibat secara langsung ,,,jasa, pengorbanan, bimbingan, tunjuk ajar dan perkongsian ilmu yang dicurahkan tidak mungkin saya melupakannya dengan begitu mudah dan semoga ilmu yang dicurahkan dapat saya gunakan sepanjang saya bergelar pendidik....insyallah
No comments:
Post a Comment