HARAP DAPAT TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI SEBELUM MENGAMBIL SEBARANG BAHAN ATAU MAKLUMAT ...T/KASIH

Coretan Buat Diri Sendiri....

Coretan Buat Diri Sendiri....

Thursday 27 September 2012

NOTA KULIAH PENTAKSIRAN SEM 3 PPG 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera....terima kasih kepada semua tamu yang sudi berkunjung ke laman yang tidak seberapa ini dan semoga apa yang ada akan memberi manafaat kepada semua...insyallah. Kepada semua rakan-rakan PPG Pendidikan Khas Sem3/2012, bersama-sama ini saya kongsi NOTA KULIAH PENDIDIKAN KHAS yang telah dibekalkan oleh pensyarah pada 22/9/2012 yang lalu. Seperti biasa rakan-rakan bolehlah mendownloadnya sendiri melalui kotak di bawah. Sekian, terima kasih......

Tuesday 25 September 2012

INFO KESIHATAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera....didoakan semuanya dalam keadaan sihat sejahtera dan dilimpahi rahmatnya....hari yang mulia ini saya ingin berkongsi satu email yang telah diterima oleh saya tentang KANSER PAYU DARA....semoga bahan bacaan ini memberi sedikit ingatan buat kita semua....insyallah

Tanda-tanda awal perubahan payudara yang memerlukan perhatian:
    a) Benjolan di payudara atau di bawah ketiak.
    b) Perubahan tidak normal dalam bentuk dan saiz payudara
    c) Kewujudan lekukan dan/atau kedutan pada kulit payudara
    d) Puting susu yang masuk ke dalam
    e) Lendir atau darah yang keluar dari puting susu

    Sebenarnya terdapat 3 jenis kanser yang kita patut tahu iaitu:

    Yang pertama dipanggil Karsinoma. Ianya lazimnya berlaku dalam
tisu yang membahagi dengan cepat, seperti sel-sel yang meliputi dan
mengalasi badan kita termasuk kulit, kolon (usus besar) payu dara dan
saluran pernafasan.

    Yang kedua ialah Sarkoma. Kanser jenis ini umumnya berlaku dalam
tisu-tisu yang membahagi dengan lebih perlahan seperti otot-otot dan
tisu-tisu saraf.

    Yang ketiga dipanggil Leukemia. Ini merupakan jenis kanser pada
tisu yang membentuk sel-sel darah.

    Kanser wujud dengan 4 peringkat:
    Peringkat Pertama (Awal): Kanser yang dikesan besarnya tidak lebih
dari 2cm dan tidak merebak di kelenjar ketiak serta tiada pengesanan
imbasan yang ianya merebak ke bahagian badan yang lain.
    Peringkat kedua: Saiz kanser ini ialah antara 2cm – 5 cm, telah
merebak ke kelenjar ketiak tetapi tidak ke bahagian lain.
    Peringkat ketiga: Saiznya lebih besar dari 5cm dan merebak ke
kelenjar ketiak juga ke kelenjar leher yang boleh dirasa dengan tangan
benjolannya tetapi tiada pengesanan ke bahagian badan yang lain.
    Peringkat keempat (Lanjut): Saiznya boleh jadi kecil atau besar,
telah merebak ke kelenjar ketiak dan leher serta merebak di bahagian
badan yang lain seperti paru-paru, tulang belakang, otak, hati dan
sebagainya.

    Rawatan-rawatan yang diambil Sekarang:
    Pembedahan:
    a) Buang hanya bahagian yang berketumbuhan (lumpectomy)
    b) Buang keseluruhan bahagian payudara (mastectomy) dan mengambil
sebahagian kelenjar ketiak untuk pengesanan rebakan.

    Kimoterapi:
    Penggunaan dadah yang disuntik kedalam badan untuk membunuh
sel-sel kanser yang mungkin masih berkeliaran. Ianya dilakukan selama
6 pusingan bagi setiap tiga minggu. Ketika rawatan ini, semua sel
badan yang baik dan yang rosak atau berkanser akan dibunuh. Sebab itu
sewaktu rawatan ini, pesakit akan berada di dalam keadaan yang paling
lemah dan badannya mempunyai ketahanan melawan penyakit yang paling

rendah. Elakkan melawat pesakit jika anda ada selsema pun.

Radioterapi
    Penggunaan radiasi di tempat tumbuhnya kanser untuk membunuh akar
kanser dan mengelakkannya dari tumbuh semula di tempat tersebut.

    Rawatan Tambahan
    Pengambilan pil untuk mengelakkan kewujudan semula kanser
sekiranya kanser pesakit ialah ER +ve. Maksudnya, kanser yang telah
dianalisa itu sensitive dan bertindakbalas terhadap hormon estrogen
yang ada di dalam badan pesakit. Dengan kata lain, kanser ini
menggunakan estrogen sebagai sumber makanannya. Pengambilan bromalain
untuk menghalang pembentukan hormon estrogen yang berlebihan.

    Faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya kanser adalah seperti
berikut:

    Umur
    Kira-kira 25% pesakit kanser payudara berumur kurang dari 50
tahun, 50% berumur antara 50 – 69 tahun dan lagi 25% berumur 70 tahun
ke atas.

    Kitaran Haid
    Salah satu pemerhatian penting di dalam perubatan breast kanser
ialah kanser ini lebih biasa terjadi kepada kaum perempuan yang
mengalami kitaran haid awal (di bawah 15 tahun) dan yang terus
mempunyai kitaran haid di peringkat umur lanjut (lebih 55 tahun).

    Semasa pusingan haid bulanan, terdapat banyak perubahan hormon
yang berlaku, yang melibatkan sel-sel di bahagian payudara juga.
Setiap kali haid berlaku, kadar hormon di dalam badan di re-set dan
proses ini berlaku berulangkali dalam setahun. Stimulasi ulangan ini
mungkin menggalak atau menggandakan kerosakan pada pertumbuhan sel dan
juga proses pembaikpulih. Semakin banyak kitaran haid seseorang wanita
itu dalam jangka hayatnya, semakin tinggi kebarangkalian untuk kanser
payu dara terjadi.

    Wanita yang mengalami putus haid selepas berumur 55 tahun
mempunyai 2 kali ganda risiko untuk mempunyai kanser payudara daripada
mereka yang menopause sebelum berumur 45 tahun.

    Kelahiran Pertama
    Wanita yang melahirkan anak pertama pada usia lewat (lepas 30
tahun) mempunyai 2 kali ganda risiko untuk mendapat kanser berbanding
mereka yang melahirkan anak pertama pada usia bawah 25 tahun. Mereka
yang melahirkan anak lambat ini sebenarnya lebih berisiko daripada
wanita yang tidak melahirkan anak langsung.

    Sejarah Keluarga
    Jika seseorang wanita itu mempunyai ibu, kakak, adik, atau anak
perempuan yang mempunyai kanser payudara, maka dia juga berisiko
tinggi terhadap kanser ini.

    Lebih muda saudara perempuan itu disahkan mengidap kanser payudara
maka lebih tinggi risikonya bagi saudara perempuan yang lain untuk
mendapat kanser. Mempunyai 2 saudara kandung yang mempunyai sejarah
kanser payudara juga menggandakan lagi risiko bagi saudara yang lain.

    Jika salah satu kategori ini wujud maka bertambahlah risiko bagi
seseorang untuk mendapat kanser payudara secara keturunan:

    a) Saudara kandung perempuan peringkat pertama dengan sejarah
kanser payudara atau sejarah kanser payudara dan ovari.
    b) Saudara kandung perempuan peringkat pertama disahkan berkanser
payudara di bawah umur 40 tahun atau saudara kandung lelaki peringkat
pertama dengan sejarah kanser payudara tidak kira peringkat umur.
    c) Dua orang saudara perempuan (Peringkat pertama atau kedua)
disahkan berkanser pada umur bawah 60 tahun adalah dari belah keluarga
yang sama.
    d) Tiga atau lebih saudara rapat dengan sejarah kanser payudara
atau ovari dari belah keluarga yang sama.

    Nota:
    Saudara perempuan peringkat pertama = ibu, kakak/adik, anak
    Saudara perempuan peringkat kedua = nenek, cucu, makcik, anakbuah

    Diet Tidak Seimbang Dan Kadar Asid Yang Tinggi Di Dalam Badan
    Jika kita kerap mengambil makanan yang tidak berkhasiat, atau
mempunyai diet yang tidak seimbang maka peluang untuk kita mendapat
kanser juga menjadi tinggi. Secara logiknya, makanan yang terlalu
berlemak mempunyai lebih banyak kemudaratan dari kemanfaatan. Diet
yang tidak seimbang juga menyebabkan badan kita lebih berasid. Ini
faktor yang mempengaruhi pertumbuhan sel-sel kanser di dalam badan kita.

    Daging merah menyebabkan badan kita mempunyai kadar asid yang
tinggi. Manakala sayur-sayuran mempunyai kadar alkali yang tinggi.
Begitu juga dengan serat di dalam bijirin terutamanya biji buah
Apricot dan buhan-buahan. Mengambil banyak sayur-sayuran hijau dan
buah-buahan berserat tinggi membantu merendahkan kadar asid di dalam
badan.

    Pengambilan Pil Perancang Keluarga
    Mengambil pil perancang keluarga dalam tempoh yang lama juga
meninggikan kebarangkalian untuk seseorang wanita mengidap kanser
payudara.

    Dedahan kepada Radiasi
    Dedahan kepada kadar radiasi yang melampau atau kerap adalah punca
kepada kerosakan DNA kita dan telah dikenalpasti sebagi punca kepada
pelbagai jenis kanser, terutamanya di sistem darah dan kelenjar kita.
Walau bagaimanapun, x-ray dada dan mammogram mempunyai kadar radiasi
yang rendah dan tidak menyumbang kepada kerosakan DNA serta punca
kerosakan sel badan yang menyebabkan kanser.

    Dedahan kepada Agen-agen Berkarsinogen
    Makanan yang dimasak menggunakan minyak jelantah (Minyak yang
telah diguna berkali-kali) mempunyai kadar karsinogen yang tinggi.
Apakah karsinogen? Karsinogen ialah satu bahan/material yang
menghasilkan kanser. Sebaiknya buang minyak setelah 2-3 kali
menggunakannya.

    Memakan makanan yang dipanggang atau di-gril juga mempunyai
karsinogen yang tinggi. Satay, ayam percik, kebab, ikan panggang
adalah antara makanan-makanan yang dimasak dengan proses tersebut.
Jika ingin memakannya, pastikan bahagian yang terbakar atau hangus
dikikis kerana di situlah karsinogen terkumpul. Jika memakan satay
pula, pastikan timunnya dimakan juga kerana ianya meneutralkan
karsinogen yang ada pada satay itu.

    Diet yang dapat menentang kanser:

        * Memakan paling kurang 7 Biji Apricot setiap hari Insyaallah
100% tidak terkena kanser
        * Elakkan atau sekurang-kurangnya hadkan pengambilan daging
merah kepada maksimum 80gm sehari. Anggapkan daging merah hanya
sebagai penambah kepada hidangan bukan sebagai hidangan utama.
        * Jangan makan kulit ayam atau itik. Cuba cari ayam kampung
yang tidak disuntik antibiotik atau hormon.
        * Elakkan makan bahagian organ dalaman seperti hati, ginjal
otak dan sebagainya.
        * Elakkan produk-produk tenusu yang tinggi lemak.
        * Elakkan makanan yang tinggi lemak tepu. Lemak tepu binatang
menggalakkan kanser ovari dan payudara.
        * Elakkan daging dan ikan yang dipanggang, digoreng dengan
minyak yang sudah diguna berkali-kali, disalai atau dibakar. Membakar
atau memanggang di dalam ketuhar atau oven jauh lebih selamat.
        * Elakkan makanan yang mengandungi perisa, pewarna dan bahan
pengawet seperti ikan masin, cincaluk, belacan, acar, buah-buahan
jeruk, makanan diawet, dan semua makanan yang ditinkan.
        * Kurangkan garam, kicap soya dan mSG. Banyakkan penggunaan
rempah ratus.
        * Elakkan mengambil pemanis tiruan seperti sakarin dan siklamat.
        * Jangan makan makanan yang telah berkulat.
        * Berhenti memakan gula. Kanser merupakan pemakan gula. Dengan
mengurangkan bahan makan yang diperlukan oleh sel-sel kanser kita
membantutkan dan membunuh pertumbuhan kanser itu.
        * Elakkan menggunakan minyak masak, marjerin dan produk
berminyak yang mengandungi asid lemak trans (minyak yang dihidrogenkan
atau separuh hidrogen). Gantikan penggunaan minyak masak kelapa sawit
dengan minyak zaitun, minyak bunga bunga matahari dan minyak biji
Apricot . Begitu juga dengan marjerin.
        * Makan makanan yang banyak kandungan B17

    Rancangan pemakanan yang disarankan:

        * Kulit ayam/itik mesti dibuang.
        * Makan banyak sayur-sayuran crucifer seperti brokoli, kobis
bunga, bok choy, sengkuang, kobis dan salad/lettuce. Kukus, reneh,
celur atau makan mentah.
        * Makan sekurang-kurang 3 hidangan ikan air sejuk seperti:
salmon, tuna, tenggiri, kod.
          Makan banyak gentian dan bijirin berserat dari
sayur-sayuran, buah-an, kekacang dan bijirin.
        * Makan tempeh, tofu, tahu, taufu fah dan air kacang soya.
        * Beli sayuran organik jika mudah didapati.
        * Makan cendawan payung, tiram, shitake, mitake atau
timur-barat (cendawan kampung yang tumbuh selepas hujan)..
        * Makan makanan yang mempunyai betakeratone , karotenoid dan
flavonoid seperti tembikai, betik, tomato dan carrot.
        * Makan banyak sayuran alium seperti bawang putih, bawang
merah, bawang hijau, kucai dan daun bawang.
        * Sentiasa minum banyak air yang bersih baik dimasak atau
mineral mineral.
        * Buang kentang, bawang yang sudah bertunas. Tempat ia
bertunas itu tinggi dengan karsinogen atau agen-agen kanser.
        * Makanlah spirulina iaitu sejenis makanan lengkap. Ianya
mengandungi 65% protein sayuran dan keseluruhan vitamin, mineral,
antioksidan, klorofil, dan fitonutrien yang membantu meningkatkan
fungsi imun untuk menentang kanser.
        * Kurang minum minuman bergula. Jauhi minum minuman dalam tin
atau bergas.
        * Elakkan kudapan seperti keropok, kerepek, kuih manis, kek
yang sarat dengan lemak, gula dan garam.
        * Apabila makan diluar, pilih makanan kukus, sup, reneh/stew
atau oven-grilled.

    Faktor-faktor lain yang membantu menghalang pertumbuhan kanser:

        * Redha atau menerima dugaan yang mendatang dengan lapang hati
adalah penting. Jika tidak kita akan terus menyalahkan Tuhan bagi
setiap permasalahan atau dugaan yang menimpa. Sebenarnya Tuhan menguji
kekuatan iman atau faith kita kepadaNya. Buat setengah orang dugaan
ini umpama tamparan maut, buat yang lain ia umpama tamparan iman. Ada
yang menganggap kanser ini bala dan beban, ada yang menganggap kanser
ini rahmat pula.
        * Sebagai insan berugama, kita tidak boleh menyangkal bahawa
kuasa Tuhan mengatasi penyelidikan sains dan perubatan. Sebenarnya,
itu hakNya untuk menguji kita hamba-hambaNya. Dan menjadi hakNya juga
untuk memilih siapa antara kita yang akan menerima dugaan berat ini.
Ini menjadi Qadar dan Qada' buat setiap manusia. Qadar adalah
ketentuan Ilahi buat hambaNya baik perkara baik atau buruk. Manakala
Qada' adalah perlaksanaan bagi ketentuan tersebut. Kita wajib percaya
bahawa Tuhan sudah menetapkan apa yang bakal kita tempuhi.
        * Isi darah kita dengan banyak oksigen kerana kanser tidak
boleh hidup jika badan kita mempunyai kandungan darah yang banyak
oksigen. Berjalan, menaiki tangga, belajar teknik pernafasan tai-chi,
aura therapy dan qigong adalah antara riadah yang dapat meningkatkan
kandungan oksigen di dalam darah. Semakin banyak oksigen, semakin
tidak boleh hidup sel kanser itu.Fossilized Coral membantu membekalkan
oksigen dalam darah
        * Ambilkira faktor istirehat yang boleh mengurangkan tekanan
kerja atau peribadi. Melawati tempat-tempat seperti tepi-tepi pantai,
bukit-bukau, atau tempat berair terjun, sungai dan jeram yang nyaman
serta kawasan-kawasan peranginan dingin adalah satu terapi untuk
badan. Tempat-tempat ini sebenarnya mempunyai banyak ion-ion positif
yang dapat menarik ion-ion negatif di dalam badan kita. Merokok dan
berada disamping orang yang kuat merokok juga bukanlah faktor
istirehat yang dimaksudkan di sini.
        * Kurangkan kandungan asid di dalam badan. Berfikiran positif
juga menurunkan kadar asid di dalam badan kita. Kerap marah-marah pula
sebaliknya akan meninggikan kadar asid di dalam badan. Merasa tertekan
juga meninggikan asid di dalam badan. Kerap menangis, bersugul dan
bermurung diri juga meninggikan kadar asid dalam badan. Sering
berfikiran negatif(berfikiran/ anggapan buruk pada orang, dengki, busuk
hati, berdendam) juga menyebabkan asid di dalam badan meningkat
tinggi. Semakin tinggi kadar asid di dalam badan, semakin suka kanser
kerana ianya makanan tambahan untuknya membesar dengan cepat.
          Sebaiknya, pilihlah untuk lebih jarang marah-marah. Memilih
untuk lebih memaafkan juga mengurangkan kadar asid di dalam badan.
Ianya juga membentuk peribadi seseorang yang lebih baik.
        * Kita juga wajib percaya bahawa hanya Allah yang dapat
menyembuhkan setiap penyakit. Kita diajar untuk sentiasa bersabar,
tidak berputus asa, yakin dan meminta kepadaNya supaya diberi
ketabahan dan kekuatan mental dalam menempuhi dugaan.

    Infomasi :

    VITAMIN B17 MERAWAT KANSER

Tuesday 18 September 2012

UJIAN AKHIR KURSUS WAJ 3106



Assalamualaikum dan salam sejahtera....kepada rakan-rakan yang seangkatan dengan saya...

Ujian Akhir Kursus WAJ 3106 bagi IPGM Kota Bharu akan diadakan pada 27 Sept. 2012. Maklumat lanjut boleh di dapati di LAMAN WEB IPG KOTA BHARU. Terima kasih..........
Hasil Kerjatangan Dan Sulamanku..... Slideshow: NH’s trip to Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

ASMAUL-HUSNA

AL-QURAN ON-LINE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...