HARAP DAPAT TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI SEBELUM MENGAMBIL SEBARANG BAHAN ATAU MAKLUMAT ...T/KASIH

Coretan Buat Diri Sendiri....

Coretan Buat Diri Sendiri....

Wednesday 23 November 2011

PANDUAN MENDIDIK ANAK



Ibu bapa adalah faktor terbesar dalam menentukan hala tuju anak-anak. Beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh dijadikan panduan dalam menjadikan anak-anak antara yang terbaik berbanding rakan sebayanya yang lain! 


1. Mulakan hidup anak-anak dengan panggilan yang baik – apabila anak-anak diberi nama dan panggilan yang baik,secara tidak langsung ia turut mempengaruhi dan memberi kesan yang baik dalam perwatakan dan kelakuan anak-anak. Nama yang baik juga turut dituntut dalam Islam. 

2. Berikan anak-anak pelukan setiap hari – terdapat kajian yang menyatakan bahawa anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat berbanding anak yang jarang dipeluk. Apabila anak-anak dipeluk,mereka akan sedar bahawa ibu bapa sayangkannya. Anak-anak juga akan tahu bahawa ibu bapa sentiasa menjadi penyokong mereka. 

3. Pandanglah anak-anak dengan penuh kasih sayang – pandangan ini akan membuatkan anak-anak berasa lebih yakin kepada diri sendiri apabila berhadapan dengan persekitaran. Marah itu memang perlu supaya anak-anak tahu mana yang salah dan mana yang betul,namun kawallah marah,janganlah pula sehingga anak-anak menjauhkan diri dan berasa takut. 

4. Berikan penghargaan di atas setiap kebaikan – tidak semestinya hanya dengan pemberian hadiah,malah senyuman,pujian dan pelukan sudah cukup untuk membuat diri anak-anak terasa dihargai. Sekurang-kurangnya dengan penghargaan ini dapat dijadikan sebagai satu motivasi bagi anak-anak untuk melakukan lagi dan melakukan yang terbaik. 

5. Jangan mengharap lebih daripada apa yang anak-anak mampu lakukan – sedarlah bahawa anak-anak masih dalam proses perkembangan dan janganlah mengharapkan anak-anak akan berbuat sesuatu kebaikan secara berterusan kerana melakukan kesilapan merupakan proses untuk anak-anak belajar. 

6. Antara masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga - utamakan keluarga kerana apabila adanya masalah,selesaikan masalah keluarga terlebih dahulu. Seseorang hanya akan tenang apabila tiada masalah keluarga. Anak-anak tetap diutamakan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu tanpa kembali lagi.Ibu bapa tidak seharusnya bersikap mementingkan diri bagi menjaga keperibadian yang baik untuk dijadikan role model bagi anak-anak 

7. Jangan mengeluh dalam mendidik dan membesarkan anak-anak – ini bagi mengelakkan anak-anak merasa diri mereka sebagai beban terhadap ibu bapa. Ini juga supaya anak-anak tidak berasa jauh dan sunyi dari ibu bapa. 

8. Dengar cerita anak-anak – tidak dinafikan anak-anak memang suka bercerita. Dengarlah cerita mereka kerana sedarlah bahawa ibu bapa tidak akan dapat mendengar cerita itu lagi pada masa akan datang. Melayan anak-anak bercakap dan bercerita merupakan sesuatu yang sangat menyenangkan.Ianya juga hiburan yang takkan dapat dibeli. 

9. Tenangkan anak-anak setiap kali mereka memerlukannya - ada masanya anak-anak akan berasa sedih di atas banyak perkara.Bergaduh dengan kawan sekelas,tercederakan anak jiran.Pada masa inilah ibu bapa membantu menyelesaikan masalah anak-anak supaya mereka tidak merasa keseorangan. Ibu bapa perlu membantu kerana walaupun masalahnya kecil,namun bagi anak-anak masalahnya sangat besar. 

10. Tunjukkan kepada anak-anak cara untuk menenangkan diri – setiap masalah ada jalan penyelesainya. Ibu bapa seharusnya bersikap tenang apabila berhadapan dengan sebarang masalah untuk menjadi ikutan kepada anak-anak dan tidak bersikap tidak tentu arah. 

11. Buat persediaan menyambut hari jadinya – tidak semestinya dengan menyambut secaran besar-besaran,sudah memadai dengan menyediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuat anak-anak belajar menghargai. Anak-anak yang datang dari persekitaran yang menghargai akan mampu untuk belajar menghargai orang lain. 

12. Mengajar anak-anak lebih dari sekali – ada sesetengah anak-anak yang perlu diajar secara berkali-kali barulah mereka dapat memahami sesuatu dengan baik. Jadi,jangan marah terhadap mereka apabila bertanyakan tentang sesuatu hal yang sama berulang kali. Ini bagi mengelakkan proses pembelajaran anak-anak terbantut. 

13. Luangkan masa bersama anak-anak – ini bukan sahaja terhad di dalam rumah,malah turut meluangkan masa di luar.Sama ada bersiar-siar ataupun berkelah di hujung minggu. Peganglah tangan anak-anak apabila berjalan bersama. Anak-anak akan merasa kepentingan diri mereka dalam hidup ibu bapa. Memimpin tangan anak-anak tidak terbatas semasa di luar rumah sahaja,malah apabila anak-anak bangun tidur,ke meja makan, malah ke dapur untuk membancuh susu mereka. 

14. Dengar mimpi ngeri anak-anak – mimpi ngeri akan menjadi begitu realistik dalam dunia mereka walaupun itu hanyalah sekadar mimpi. Tidak ada salahnya mendengar cerita mimpi ngeri anak-anak kerana ianya diceritakan secara langsung,tiada skrip,tiada pengarah dan tiada siaran ulang tayang. 

15. Hargai permainan kesayangan anak-anak – apabila permainan kesayangan mereka dihargai,dalam masa yang sama juga anak-anak akan menghargai barang-barang kesayangan ibu bapa. Walaupun sudah rosak,elakkan daripada membuang permainan kesayangan anak-anak. Mintalah kebenaran daripada mereka terlebih dahulu. 


16. Berikan ciuman selamat malam – jangan biarkan anak-anak tidur tanpa ciuman selamat malam. Biasakan anak-anak dengan salam sebelum masuk tidur. Selimutkan,dan cium dahinya apabila mereka sudah lena. 

17. Terimalah hakikat kadangkala ibu bapa tidak sempurna – bagi mengelakkan stress,jangan terlalu berfikir untuk menjadi ibu bapa yang sempurna dari semua aspek. Apabila terdengar anak-anak berkata ‘papa ni garanglah’. Itu teguran sebenarnya. Jadi,tidak salah untuk berubah demi kepentingan anak-anak dan bagi mngelakkan anak-anak berasa rendah diri kerana merasakan ibu bapa terlalu sempurna. 

18. Jangan membawa bebanan kerja ke rumah - apabila ini berlaku,anak-anak akan menganggap bahawa kerja lebih penting daripada keluarga. Utamakanlah keluarga ketika berada di rumah. Ibu bapa juga boleh membantu untuk menyiapkan kerja sekolah anak-anak ataupun memberi latihan di rumah. 


19. Anak-anak menangis – menangis merupakan cara anak-anak untuk melegakan keresahan mereka dan kadangkala untuk mendapatkan perhatian. Walauapapun sebabnya,dengarilah tangisan mereka supaya mereka tidak menjauhkan diri dari ibu bapa di kemudian hari. 

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan – seperti ibu bapa,anak-anak juga mempunyai perasaan.Hargailah perasaan anak-anak supaya anak-anak juga menghargai perasaan ibu bapa. 

- Berdoalah agar anak-anak menjadi penyejuk mata dalam kehidupan dan sebagai penenang hati di dunia & di akhirat kelak - 


Monday 21 November 2011

EXAM OH EXAM,,,,


Assalamualaikum dan salam sejahtera....bersyukur padaNYA kerana masih mampu bersua disini.....selama dua hari bergemelut dengan peperiksaan, terasa macam anak-anak yang masih dibangku sekolah semula.....alhamdulillah walaupun dengan perasaan yang begitu ber-debar-debar, setiap soalan yang diutarakan dapat dijawab dengan semampu yang mungkin.....apa yang pasti jawapan yang ditulis betul atau tidak akan dapat diketahui apabila keputusan keluar nanti.....insyallah harapan agar jawapan yang ditulis menepati kehendak soalan dan keputusan yang diterima nanti setimpa dengan usaha yang telah dilakukan...insyallah...........Oleh itu dikesempatan yang ada ini sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga di tujukan kepada semua pensyarah yang telah bertungkus lumus membimbing semua para pelajar, (khasnya kumpulan saya PPG PKhas) di sepanjang kuliah berlangsung....mohon dihalal semua ilmu yang dicurahkan dan insyallah akan digunakan untuk meningkatkan potensi diri anak-anak didik di dalam kelas......insyallah...........

Friday 18 November 2011

KISAH TAULADAN UNTUK DIKONGSI



KASARNYA TAPAK TANGAN IBU....Assalamualaikum dan salam sejahtera....kesempatan yang ada hari ini saya ingin berkongsi satu cerita menarik untuk tauladan kita semua....cerita pendek ini telah saya perolehi dari http://www.iluvislam.com .....selamat membaca, semoga kita semua berada dikalangan orang-orang yang menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu....insyallah....
Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.
Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.
Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu  bertanya lagi, "Jadi  adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah  meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."
Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.
Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"
Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."
Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.
Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.
Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.
Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.
Lama-kelamaan  gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti. 
Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya  yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.
Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.
Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"
Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."
Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"
Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti  betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."
Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."
Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.
Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.
Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.

Sunday 13 November 2011

PANDUAN SOLAT QASAR DAN JAMA'



Assalamualaikum dan salam sejahtera,,,,,,kali ini saya ingin berkongsi Panduan Solat Qasar dan Jama',,,,sebagai peringatan dan panduan untuk diri sendiri khasnya.....maklumat di perolehi dari laman web e-solat. Semoga kita sama-sama dapat mempraktikkannya dengan cara yang betul,,,,insyallah

Panduan Solat Qasar Dan Jama'
Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
1.0 Solat Qasar
1.1 Takrifan
      Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat       yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua       rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh      diqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
      Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
      i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;      “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu       tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika       kamu takut diserang oleh orang kafir…”
     ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
      ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-       Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan       kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku       telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda,       solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah       kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-       Nya”
     (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud) 
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
      Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin      mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri       daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua      marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
1.4  Syarat Solat Qasar
      i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh       syara’.
      ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada      dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
      iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
      iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam       (sempurna).
      v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat        empat rakaat.
1.5  Contoh Niat
                       أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana       Allah Taala)

2.0 Solat Jama'
2.1   Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
      i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar       dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam       waktu Maghrib.
     ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar        dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam        waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’
2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
      i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat        Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat        Isya'.
      ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama        sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul        ihram.
      iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
      iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul        ihram solat yang kedua.
      v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur        atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang        kedua (Asar atau Isya’).2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
                                                i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu        Zuhur atau Maghrib.
      ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi       salam solat yang kedua.  2.3 Contoh Niat
2.3.1 Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan       kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan       kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
2.3.2  Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan       kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.  Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan       kepada Asar tunai kerana Allah Taala)


GAMBAR MENARIK UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera....syukur padanya kerana masih diizinkan untuk bersua disini,,,,hari ini saya ingin berkongsi beberapa gambar yang sesuai untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar.....semoga dengan perkongsian ini akan memberi lebih kebaikan bersama,,,,,,,insyallah,,,,,,,kepada mereka yang berminat bolehlah mendownloadnya......

BORDER YANG MENARIK



Border yang cantik dan menarik ada dalam simpanan koleksi saya dan saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan seperjuangan sekalian.....

GAMBAR HAIWAN UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Berkongsi gambar haiwan yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran terutama murid-murid tahap 1 termasuk murid Pendidikan Khas dan juga Pra Sekolah.

GAMBAR PAKAIAN UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera....syukur alhamdulilah kerana masih diizinkan untuk berada disini......pada hari ini saya ingin berkongsi  beberapa keping gambar pakaian yang  ada dalam simpanan koleksi saya dan rasa saya ianya sesuai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran....rakan-rakan guru boleh menggunakannya untuk kebaikan anak-anak didik kita semua. Didoakan agar dengan perkongsian ilmu ini akan dipermudahkan segala urusan dan mendapat keberkatan dariNYA........insyallah....





Saturday 12 November 2011

PENGGAL PERSEKOLAHAN DAN CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANTI 2012



Assalamualaikum dan salam sejahtera, bersyukur pada yang esa kerana masih dapat bersua. Hari ini saya ingin berkongsi maklumat tentang TAKWIN PERSEKOLAHAN 2012. Maklumat tersebut boleh didapati di Portal Rasmi KPM

Wednesday 9 November 2011

KALENDAR AKADEMIK PPG JAN - JUN 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera.....bersyukur kehadrat Allah SWT kerana masih berada disini...kepada semua pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Jun 2011 IPG Kampus Kota Bharu boleh dapatkan kalender Akademik Jan - Dis 2012 di laman sesawang IPG Kampus kota Bharu. Harap maklum dan terima kasih.

Kalendar Akademik PPG Jan-Dec 2012

Saturday 5 November 2011

SUKU KATA - KPM



Assalamualaikum dan salam sejahtera....Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk bersua....pada hari ini saya ingin berkongsi sesuatu yang saya perolehi melalui blog Cikgu Eyta(terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Cg. Eyta kerana sudi berkongsi ilmu yang ada...moga kita semua sama-sama mendapat keberkatan hendaknya, insyallah).....saya harap kita semua sebagai pendidik dapat gunakannya untuk meningkatkan prestasi anak-anak didik kita....insyallah....Suku kata kementerian

CERITA KANAK-KANAK - DBP

Pelbagai cerita menarik sesuai untuk kanak-kanak, sebahagian daripada Bahan Multimedia DBP. Semoga kita sama-sama menggunakannya untuk kebaikan dan mendapat keberkatan dariNYA, insyallah.

CD

KAD IMBASAN BUKU TEKS BAHASA MALAYSIA TAHUN 1 KSSR

Wednesday 2 November 2011

NOTA RINGKAS - KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah dikenali sebagai kanak2 yang mempunyai ciri-ciri kelemahan berikut:
- Kuasa inteleksnya rendah
-Tidak mempuyai kebolehan untuk belajar dalam masa yang singkat
- Daya ingatan yang lemah
- Daya tumpuan yang singkat
- Lemah dalam 3M
- Perasaan kurang yakin terhadap diri sendiri, rendah diri, malu dan takut
- Emosi mudah terganggu
- Masalah tingkah laku

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (Mc Donnell et.al (1995))
Kanak-kanak berkeperluan khas atau pelajar2 istimewa
diklasifikasikan kepada pelajar yang rencatan akal, gangguan t/laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecatatan deria serta kecacatan fizikal

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (Mahmood Nazar (2000))
Kanak-kanak yamg berhadapan dengan batasan keupayaan bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau mentalnya

Rumusan:Kanak Berkeperluan Khas
Kurang upaya pendengaran ( hearing impairment)
- Kurang upaya penglihatan ( visual impairment )
- Kerencatan akal ( mental retardation )
- Masalah t/laku ( behavioural disorders)
- Masalah pembelajaran ( learning disabilities)
- Masalah pertuturan ( language impairment)
- Masalah pintar cerdas( gifted )
Kurang upaya fizikal ( physical disabilities )
- Masalah kesihatan ( health impairment )

Tuesday 1 November 2011

NOTA RINGKAS PKU 3101 - DEFINISI DAN KONSEP P.KHAS

Chua(1992)
P.Khas merujuk kepada program pendidikan yang dirancang khas untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi bagi mereka yang tidakmencapai pertumbuhan dan penyuburan biasahinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.


Slavin(1997)
Sebarang program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecatatan
mental, emosi dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas

Gearhart dan Weishman(1980)
P.Khas sebagai subsistem dalam sistem pendidikan yang bertanggungjawab mengadakan peruntukan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu pelajar-pelajar dan belia bersifat luar biasa.


Rumusan Definisi
Satu program pendidikan yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi intelek, fizikal dan emosi serta sosial yang tidak mengalami pertumbuhan dan  perkembangan yang normal.

Wednesday 26 October 2011

NOTA RINGKAS PKU3102 - 1

Komunikasi - proses pemindahan pengetahuan/maklumat/pendapat/idea/hajat . Memerlukan sekurang2nya 2 pihak terlibat. Ianya boleh berlaku tanpa bahasa.

Bahasa - Satu sistem simbol yang digunakan untuk berkomunikasi.

Pertuturan - tingkah laku utk menghasilkan  satu kod bahasa dengan membentuk pola2 bunyi yang sesuai.

Punca2 Masalah Bahasa dan Komunikasi
- kerencatan akal
- masalah alat artikulasi
- masalah semasa kelahiran (prinatal)
- pengaruh persekitaran
- hilang pendengaran
- mempunyai masalah berkaitan dgn otak

Elemen2 Bahasa (bentuk-kandungan-penggunaan)
Bentuk: Fonologi(sistem bunyi), Marfologi (pembentukan kata), Sintaksis (tatabahasa)
Kandungan : Semantik (makna perkataan)
Penggunaan : Pragmatik (penggunaan)

Asas Pemerolehan Bahasa
- faktor fisiologi
- faktor kognitif
- faktor sosial

SLIP PEPERIKSAAN PPG AMBILAN JULAI 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....kepada semua rakan-rakan Program Pensiswazahan Guru (PPG) IPG Kampus Kota Bharu, ambilan Julai 2011, slip menduduki peperiksaan PPG pada 19 dan 20 November, 2011 boleh di dapati di laman web utama IPGK KB . Sekian, terima kasih. 

MOHON MAAF

Assalamualaikum dan salam sejahtera,,,,,mohon maaf kepada semua pengunjung.....blog saya dalam kemaskini dan terdapat sedkit kesulitan......harap maklum.terima kasih........

Tuesday 25 October 2011

RENUNGAN BERSAMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,,,,,terima kasih kepada semua rakan yang sudi berkunjung ke teratak yang tidak seberapa ini....sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Maha Pencipta dan apa yang lemah serta kurang itu pastinya dari diri saya sendiri....Dalam duk sibuk-sibuk mengedit itu ini terjumpa satu renungan dan bolehlah dikongsi bersama .....harap maaf sebab saya tak tahu ayat-ayat ini dari mana asalnya atau pujangga mana yang empunya tulisan....apa-apa pun harap-harapnya tuan empunya izinkan kita semua membacanya sekadar untuk renungan diri sendiri......


Sungguh benar bahawa,
kita tidak tahu apa yang kita miliki, 
sampai kita kehilangannya, 

tetapi sungguh benar pula bahawa, 
kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki,
sampai kita mendapatkannya. 


Sekian, terima kasih....

Sunday 23 October 2011

PERUBAHAN TARIKH PEPERIKSAAN SEMESTER PPG AMBILAN JULAI 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera, Maklumat terkini daripada pensyarah PPG IPGM Kampus Kota Bharu memaklumkan bahawa tarikh peperiksaan Semester bagi pelajar-pelajar PPG dipinda dari 29-30 Oktober 2011 ke 19-20 November 2011. Sehingga maklumat yang diterima masa peperiksaan masih sama seperti jadual asal. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian. 


Sekian terima kasih.

Friday 21 October 2011

MAKLUMAT DAN BUTIR PERIBADI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....kepada semua rakan-rakan guru yang sedang mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Bharu  Ambilan Jun 2011, diharap dapat mengemukakan gambar, nama, no. kad pengenalan dan alamat surat menyurat ke alamat email saya (norshamis75@gmail.com) dengan segera untuk dikumpulkan dan diserahkan kepada pensyarah seperti mana yang telah dimaklumkan dalam perjumpaan 21 Oktober, 2011(Jumaat). Sekian harap maklum dan terima kasih......

Thursday 20 October 2011

SELAMAT DATANG

Salam perkenalan dan selamat datang.....
Hasil Kerjatangan Dan Sulamanku..... Slideshow: NH’s trip to Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

ASMAUL-HUSNA

AL-QURAN ON-LINE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...