HARAP DAPAT TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI SEBELUM MENGAMBIL SEBARANG BAHAN ATAU MAKLUMAT ...T/KASIH

Coretan Buat Diri Sendiri....

Coretan Buat Diri Sendiri....

Friday 30 March 2012

PENYERAHAN BAUCER BUKU 1MALAYSIA

Maklumat mengenai penyerahan Baucer Buku 1 Malaysia untuk pelajar-pelajar IPGM Kampus Kota Bharu termasuk pelajar PPG sila klik link dibawah.Tkasih

 http://www.ipgkkb.edu.my/baucer%20bm1m.pdf

Wednesday 28 March 2012

SEKADAR BERKONGSI....


Assalamualaikum....dikesempatan yang terbatas ini saya hanya ingin berkongsi sesuatu yang saya dah lama mencari untuk membuat rujukan cara penulisan refleksi yang betul....terima kasih kepada tuan empunya blog http://refleksitugasan.blogspot.com/2009/02/refleksi.html yang sudi berkongsi ilmu penulisan refleksi yang betul.....saya berharap agar usaha kecil untuk berkongsi dengan rakan-rakan semua mendapat kebaikan bersama...insyallah.....


REFLEKSI

PENULISAN REFLEKSI TUGASAN


Penulisan ini bertujuan memberikan input mengenai cara menulis refleksi yang berkesan.
Cuba perhatikan penulisan ini,


Alhamdulillah, syukur saya kepada Ilahi dengan limpah kurnia dan keberkatannya dapatlah saya menyiapkan tugasan Teknik Baikpulih dan Penyelenggaraan yang diberikan oleh pensyarah. Kumpulan kami memilih tajuk Lampu Suluh.


Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya iaitu Ah Lee dan Aboo dalam menjayakan tugasan ini. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada pensyarah kami, En Mohd Ali bin Jemali atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau dapat menjadikan kami berilmu dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup ini.


Semoga ilmu yang baik ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang berguna apabila saya ditempatkan di sekolah nanti.


Akhir kata, segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri. Wassalam.


Ini adalah penulisan yang selalu menjadi favourite pelajar apabila diminta menulis sesuatu refleksi.

Apa itu REFLEKSI?


Refleksi adalah satu penulisan ilmiah mengenai pengalaman pelajar dalam mengharungi sesuatu peristiwa. Bila dikatakan ilmiah, ia mesti boleh membantu perkembangan intelek sendiri dan orang lain yang membacanya.


Merujuk kepada contoh di atas, apakah yang boleh dipelajari dari pelajar tersebut? Jawapannya TIADA APA-APA. Hanya ucapan terima kasih seperti ucapan pemenang AJL, AF dan siaran TV yang lain.

Apakah pengalaman yang ada pada pelajar?

  1. Masalah yang dijumpai
  2. Cara mengatasi masalah
  3. Pengalaman diri sendiri yang lalu
  4. Pengalaman orang lain
  5. Pembacaan

CONTOH PENULISAN REFLEKSI YANG BERKESAN



Tugasan Teknik Baikpulih dan Penyelenggaraan ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan saya perlu mengambilnya sebagai pakej opsyen saya iaitu BM/KH/MU. Walaupun saya tidak mengambil opsyen ini sewaktu mendapatkan ijazah, saya pernah belajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah dahulu. Jadi saya tidaklah janggal sangat dengan mata pelajaran ini.


Kumpulan saya mengambil tajuk Lampu Suluh. Saya ditugaskan untuk menyediakan bahan grafik dari internet yang akan dicantumkan dengan teks oleh ahli lain. Dari pencarian bahan-bahan di internet, saya dapati mudah untuk mendapatkan gambar alatan tangan tetapi sukar untuk mendapatkan gambar sebenar membaiki lampu suluh dan lukisan-lukisan yang diinginkan dalam tugasan ini. Saya pula tidak mempunyai pengalaman dalam program perisian grafik. Oleh itu saya telah meminta bantuan sepupu saya untuk menyiapkan lukisan tersebut. Gambar-gambar yang tidak ada di internet diambil dengan kamera pada handphone saya sebelum dipindahkan ke komputer.


Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan rakan sekumpulan dan tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu perisian word yang tidak sama juga menyukarkan saya untuk membuka fail yang dikirim oleh rakan-rakan. Virus dari pen drive luar masih menjadi musuh utama dalam menyiapkan kerja dengan komputer saya.


Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata pelajaran Teknik Baikpulih dan Penyelenggaran ini. Ia mejadikan saya seorang yang teliti dan mempunyai sikap menyelidik atas kerosakan sesuatu barangan mekanikal yang mudah. Sikap ingin membaiki juga dapat menjimatkan wang sekiranya diamalkan di luar sekolah. Sikap ini akan saya terapkan kepada pelajar sekolah apabila saya tamat belajar kelak.


MOHD ALI BIN JEMALI
Jabatan Kemahiran Hidup
Institut Perguruan Temenggong Ibrahim,
Johor Bahru.

Wednesday 14 March 2012

Aku Bukan Seperti Masa Silamku!

Bermula dengan celiknya mata di pagi hari, hingga terpejamnya mata di waktu malam, setiap daripada kita akan berhadapan dengan bermacam-macam pilihan. Nak bangun pukul berapa, mahu pakai baju warna apa, ingin makan apa, nak buat apa, nak pilih yang mana....Semuanya terpulang pada diri sendiri untuk memilih. Pendek kata, aktiviti membuat pilihan bukanlah suatu yang asing.
Sebab itu jalan cerita kehidupan setiap manusia berbeza. Ada zaman silamnya dipenuhi dengan noda dan dosa. Ada pula yang dilimpahi 1001 kenangan manis terindah. Dan ada yang diselingselikan dengan pelbagai ujian dan cabaran sehingga membuatkan jiwa seseorang insan itu begitu kental sekali menghadapinya.
Namun, dalam banyak-banyak aktiviti memilih jalan kehidupan, yang paling susah ialah sama ada mahu memilih islam yang jelas sebagai jalan hidup atau menelusuri jalan jahiliyyah yang penuh tipu daya.
Apakah yang dimaksudkan dengan jalan-jalan ini?
Apabila kita memilih islam sebagai jalan hidup, secara automatiknya kita sedang menjauhi jalan jahiliyyah. Dan apabila kita tidak memilih islam sebagai jalan yang patut dilalui, secara automatik jugalah kita sedang menjejak di jalan jahiliyah.
Jadi, Allah pilih kita untuk lakukan sesuatu mesti Dia tahu kita boleh lakukan.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Kalau tak, kita tak akan dipilih oleh-Nya untuk terus hidup di muka bumi ini. Walau diri kita ini kotor, jijik dan penuh berdosa namun kita tetap masih ada peluang. Biarkan hati sembuh dari luka lama dan bangkitlah semula. Buktikan kepada Allah kita hamba yang reti bersyukur kepada-Nya. Kita tidak akan sesekali mensia-siakan peluang bertaubat yang diberi-Nya berkali-kali.
"Orang yang BERJAYA ialah orang yang MEMAKSA DIRInya BERUBAH manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!"
Hidup ini adalah perubahan. Kata bijak pandai, yang tidak berubah hanyalah perubahan. Manusia tidak akan mampu menahan perubahan. Ia mesti berubah, atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal.
Dan kita bukan seperti masa silam. Kita adalah kita yang sekarang!

Artikel dipetik daripada http://muslimdoktor.blogspot.com

Sunday 11 March 2012

NOTA KULIAH PPG SEM 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera....bersama-sama ini saya kongsi nota kuliah PPG Sem 2 bagi interaksi ke 3....terima kasih kepada pensyarah IPG KB yang telah sudi berkongsi nota ini....semoga kita semua mendapat manafaat daripadanya....


SEKADAR CORETAN.....


Assalamualaikum dan salam sejahtera....hari ini selesai sudah interaksi ke 3 bagi Sem 2. Ini bermakna tinggal lagi 2 kali interaksi untuk meneruskan pengajian di sem ini....Begitu cepat masa berlalu tanpa disedari usia semakin di mamah waktu.....Seperti biasa pada interaksi kali ini juga aku telah dibekalkan dengan kerja kursus yang memerlukan masa untuk disiapkan pada masa yang telah ditetapkan.....Seperti biasa juga operasi meneroka bahan dari segenap ruang bacaan aku teruskan untuk memenuhi tuntutan tugasan yang diamanahkan....dalam duk sibuk2 mencari bahan....ada sesuatu yang menarik perhatianku....mungkin ada yang telah biasa membacanya....walau apapun coretan ini kadang-kala mengingatkan kita semua dalam mendidik ......

Jika kanak-kanak hidup dengan galakan
Mereka belajar menjadi lebih berkeyakinan
Jika kanak-kanak hidup dengan pujian
Mereka belajar menghargai kehidupan
Jika kanak-kanak hidup dengan keadilan
Mereka belajar dalam suasana keharmonian
Jika kanak-kanak hidup dengan jaminan
Mereka belajar menaruh kepercayaan
Jika kanak-kanak hidup dengan kerestuan
Mereka belajar menyayangi diri dan penyayang
Jika kanak-kanak hidup dalam persaudaraan
Mereka belajar menemui kasih sayang sesama insan
Tuhan akan mengabulkan permintaan doa daripada hambanya.

Wednesday 7 March 2012

CONTOH BORANG KALABORASI DAN HALAMAN PENGAKUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....oleh kerana ramai rakan yang bertanya dan bersoal jawab tentang ini....maka hari ini saya kongsikan format yang saya ada dalam simpanan saya....kepada yang memerlukan boleh buat sebagai contoh.....tkasih



Logo IPGINSTITUSI    : ...........................................................
PERKARA    :TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK (KKP)
BORANG REKOD KOLABORASI
SEMESTER : .........
MATA PELAJARAN : ..................................................................

NAMA PELAJAR                             : ...............................
NO. KAD PENGENALAN              : .................................
PENSYARAH PEMBIMBING        : ...................................


BIL
TARIKH
BUTIRAN KOLABORASI
NAMA
TANDA
TANGAN
















HALAMAN PENGAKUAN





PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.




……..……………………………….
  (……………………………………..)
I/C NO.                     : ................................
NO. MATRIK           : ..................................

Tarikh :


Tuesday 6 March 2012

KISAH TAULADAN "JARAK ANTARA 2 HATI"


Suatu hari seorang  guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang  marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”
Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak  berbicara secara lembut?”
Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut  mereka. Namun tiada satu pun  jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam  kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun  secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka  menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”
Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?
Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar  dengan begitu jelas.
Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak.  Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”
 Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi  mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.




Sunday 4 March 2012

ALHAMDULILLAH SIAP.....



Assalamualaikum dan salam sejahtera....terima kasih kepada para tamu yang sudi berkunjung ke laman sesawangku yang sememangnya hampir bersawang.....syukur alhamdulillah akhirnya siap juga 2 assg yang akan di hantar pada kuliah hujung minggu nanti...dalam duk sibuk2 siapkan tugasan ....tetiba teringat kat seorang anak murid yang amat sukar untuk menulis nombor mengikut turutan.....puas di ajar, di bimbing, minta tiru nombor di papan tulis, tiru nombor di poster, tiru tulisan guru dan macam2 cara telah dibuat...namun ingatannya tetap tidak kekal....lantas datang idea untuk buatkan sesuatu untuknya....alhamdulillah siap untuk digunakan esok hari.....syukur
Hasil Kerjatangan Dan Sulamanku..... Slideshow: NH’s trip to Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

ASMAUL-HUSNA

AL-QURAN ON-LINE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...