HARAP DAPAT TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI SEBELUM MENGAMBIL SEBARANG BAHAN ATAU MAKLUMAT ...T/KASIH

Coretan Buat Diri Sendiri....

Coretan Buat Diri Sendiri....

Monday, 21 December 2015

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera....lama tidak bersua di alam maya...









 Syukur dan Alhamdulillah pada yang maha Pencipta kerana masih memberi nafas kepadaku di dunia yang penuh dengan pengalaman kehidupan. Syukur pada Mu Ya Allah kerana dengan limpah keizinan akhirnya aku berjaya juga menamatkan pengajian ini....semoga anugerah ini akan memberi dorongan dan semangat kepadaku untuk lebih maju di masa hadapan dan mendidik anak-anak istimewa dengan penuh keikhlasan dan lebih cemerlang. Insyallah......Bersama-sama ini ku kongsi saat-saat bersejarah di hari Konvokesyen IPGM 11 Disember, 2015.

Kesempatan yang sedikit ini, ku kalungkan jutaan terima kasih kepada semua insan-insan yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepadaku selama ini....terima kasih kepada semua pensyarah dan warga kerja IPGM KB, suami yang tidak putus-putus memberi sokongan, dorongan yang tidak pernah berbelah bahagi, anak-anak yang sentiasa memahami dan semoga kejayaan ini akan menjadi dorongan buat mereka semua untuk berjaya di masa hadapan, Insyallah. Tidak dilupakan kepada kedua ibubapaku yang sentiasa mengaminkan doa untuk kejayaan dan kecemerlangan anaknya ini... Terima kasih jua buat semua warga guru, rakan, tenaga kerja dan seluruh warga sekolah SKKK1 dan akhirnya terima kasih kepada sesiapa sahaja yang turut terlibat dalam pengajian selama 4 tahun ini....Pengalaman perjalanan pengajian ini amat bermakna dan manis bilamana ianya di kenang dalam hidupku.........

Friday, 18 September 2015

PENGALAMAN PENGAJIAN YANG PENUH BERMAKNA








Assalamualaikuam dan salam sejahtera....lama sungguh tidak menjenguk laman sesawang ini dek kesibukan yang melanda ruang dan masa yang amat terhad.....Kesempatan yang sedikit ini saya mengucapkan syukur alhamdulillah kerana pengalaman pengajian PPG IPG selama 4 tahun telah berakhir dengan pengakhiran cerita yang mengembirakan dan penuh bermakna. Tanggal 20 Ogos, 2015 maka dengan rasmi berakhirnya sebuah catatan pengalaman sebagai mahasitua di IPG KB. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan IPG KB kerana sudi meraikan perpisahan kami pelajar PPG KOHOT 1 dengan mengadakan majlis perpisahan penuh bermakna sekali.....selepas ini saya pasti akan merindui saat2 sibuk dan kelam kabut menyiapkan pelbagai tugasan yang di amanahkan....dan untuk itu sekali lagi saya dengan rasa rendah diri mwngucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua pensyarah dan pihak pengurusan IPG KB samada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Kohot 1.....kepada pensyarah yang terlibat secara langsung ,,,jasa, pengorbanan, bimbingan, tunjuk ajar dan perkongsian ilmu yang dicurahkan tidak mungkin saya melupakannya dengan begitu mudah dan semoga ilmu yang dicurahkan dapat saya gunakan sepanjang saya bergelar pendidik....insyallah

Monday, 13 April 2015

FORMAT LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera...bersama-sama ini dikongsi FORMAT LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2....untuk rujukan bersama pelajar PPG Kohot 1 Pendidikan Khas IPGM KB

Monday, 23 March 2015

MAKLUMAT PENTING UNTUK PPG PKHAS KOHOT 1 IPG KB

Assalamualaikum dan salam sejahtera....bersama-sama ini saya kongsi bahan daripada pensyarah Tn. Hj. Shukri b. Ismail untuk pelajar-pelajar PPG, Kajian Tindakan di bawah penyeliaan beliau untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih.





Hasil Kerjatangan Dan Sulamanku..... Slideshow: NH’s trip to Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

ASMAUL-HUSNA

AL-QURAN ON-LINE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...