HARAP DAPAT TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI SEBELUM MENGAMBIL SEBARANG BAHAN ATAU MAKLUMAT ...T/KASIH

Coretan Buat Diri Sendiri....

Coretan Buat Diri Sendiri....

Monday 21 December 2015

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera....lama tidak bersua di alam maya...









 Syukur dan Alhamdulillah pada yang maha Pencipta kerana masih memberi nafas kepadaku di dunia yang penuh dengan pengalaman kehidupan. Syukur pada Mu Ya Allah kerana dengan limpah keizinan akhirnya aku berjaya juga menamatkan pengajian ini....semoga anugerah ini akan memberi dorongan dan semangat kepadaku untuk lebih maju di masa hadapan dan mendidik anak-anak istimewa dengan penuh keikhlasan dan lebih cemerlang. Insyallah......Bersama-sama ini ku kongsi saat-saat bersejarah di hari Konvokesyen IPGM 11 Disember, 2015.

Kesempatan yang sedikit ini, ku kalungkan jutaan terima kasih kepada semua insan-insan yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepadaku selama ini....terima kasih kepada semua pensyarah dan warga kerja IPGM KB, suami yang tidak putus-putus memberi sokongan, dorongan yang tidak pernah berbelah bahagi, anak-anak yang sentiasa memahami dan semoga kejayaan ini akan menjadi dorongan buat mereka semua untuk berjaya di masa hadapan, Insyallah. Tidak dilupakan kepada kedua ibubapaku yang sentiasa mengaminkan doa untuk kejayaan dan kecemerlangan anaknya ini... Terima kasih jua buat semua warga guru, rakan, tenaga kerja dan seluruh warga sekolah SKKK1 dan akhirnya terima kasih kepada sesiapa sahaja yang turut terlibat dalam pengajian selama 4 tahun ini....Pengalaman perjalanan pengajian ini amat bermakna dan manis bilamana ianya di kenang dalam hidupku.........

No comments:

Post a Comment

Hasil Kerjatangan Dan Sulamanku..... Slideshow: NH’s trip to Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

ASMAUL-HUSNA

AL-QURAN ON-LINE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...