HARAP DAPAT TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI SEBELUM MENGAMBIL SEBARANG BAHAN ATAU MAKLUMAT ...T/KASIH

Coretan Buat Diri Sendiri....

Coretan Buat Diri Sendiri....

Wednesday, 4 December 2013

MASIH BERBICARA SEBAGAI TUKANG JAHIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Pejam celik...pejam celik...rupa2nya dah hampir 3 minggu cuti sekolah dan cuti daripada buku2.....alhamdulillah kesempatan yang diberikan tidak disia2kan....saya masih menggunakan kesempatan ini dengan kerja2 jahit menjahit dan sulam menyulam....sesungguhnya saya amat2 bersyukur padaNYA diatas Anugerah yang diberikan....semoga saya sentiasa berada di dalam kalangan mereka2 yang tahu menghargai masa, ruang dan peluang yang ada....insyallah...

Jom cuci mata....aktiviti sepanjang cuti sekolah ini......



 Inilah percubaan pertama cover Galaxy Note 10.1 Samsung....berbekalkan imaginasi semata2 tanpa sebarang toturiol....alhamdulillah hasilnya...........


 Tempahan sedia untuk di po
 Cover buku Quit bersulam nama.......Tkasih

 Tempahan bag pelbagai guna, cover buku RPH dan pencil box...milik Cg Masniza....tkasih

 Cover Galaxy Note 10.1 Samsung....milik Cg Samsiah......Tkasih

Cover Note 7.0 Samsung....milik Cg Siti Ramlah.....Tkasih

 Cadar tempahan dari Cg Samsiah....Tkasih

Cover buku Quit bersulam nama...milik Cg Hasnidawati dan Cg Rohaya....Tkasih

Monday, 25 November 2013

AKTIVITI CUTI SEKOLAH LAGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera....masih lagi dalam bercuti dan masih memegang jawatan sebagai tukang jahit....alhamdulillah sepanjang beberapa hari ini saya sempat menyiapkan tempahan dari rakan-rakan yang sabar menunggu....semoga mereka semua berpuas hati dengan hasil kerja tangan saya....tanpa merapu yang bukan-bukan.....jom cuci mata........


 Cover box aksesori....tempahan dari Pn. Ziana...terima kasih

 Pelbagai alas dekorasi ruang tamu dan dapur...tempahan dari Pn. Azura....terima kasih

Pelbagai alas deko dapur....tempahan dari Pn. Marshitah....terima kasih

Kepada rakan-rakan yang berminat boleh ke FB saya ...tkasih.

Tuesday, 19 November 2013

AKTIVITI HARIAN SEMPENA CUTI SEKOLAH

Setiap kali tibanya musim cuti sekolah....mahu tak mahu saya pasti akan memegang jawatan tambahan sebagai tukang jahit....Setelah beberapa hari bercuti ini saya sempat siapkan....tempahan cadar, 2 buah tote bag pelbagai guna dan 2 helai tuala sulaman....jom cuci mata.....


 Tote bag pelbagai guna saiz M
 


  Tote bag pelbagai guna saiz M

  Pandangan bahagian dalam cadar....getah keliling cadar menutup tilam


Wednesday, 13 November 2013

RESEPI 'MARTABAK BISKUT JAGUNG'



Assalamualaikum dan salam sejahtera....Selamat berehat buat teman-teman seperjuangan....sempenan cuti kelepasan baru-baru ini saya sempat membuat "Martabak Biskut Jagung". Ianya merupakan makanan kegemaran keluarga saya dan yang paling penting ianya mudah disediakan dan sedap dimakan. Bersama-sama ini saya kongsikan resepi yang amat-amat mudah ini untuk tatapan sesiapa sahaja yang ingin mencubanya.....Selamat Mencuba.....

 

RESEPI MARTABAK BISKUT JAGUNG

1/2 bungkus biskut jagung "Cream Crackers Cap Ping Pong"
 (saya pernah guna cap lain tapi rasanya kurang enak)
1 tin sardin "Mackerel"
1 tin susu cair
9 biji telur ayam gred A (pukul bersama susu cair hingga sebati)
2 labu bawang putih (ditumbuk halus)
Sedikit mentega
Beberapa sudu rempah kari daging (saya anggarkan sahaj)
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit Garam dan serbuk perasa

Cara-cara Membuatnya :-
1. Tumis bawang putih bersama rempah kari seperti kita nak masak kari.
2. Setelah agak sebati masukkan isi sardin bersama sedikit kuahnya dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan garam, serbuk perasa dan sesuaikan rasa. Angkat.
4. Didalam dulang pembakar / loyang (saya guna pemangan/periuk ajaib) sapukan sedikit marjerin.
5. Bahagikan susu kepada 3 bahagian. 2 bahagian campurkan dengan telur. Kacau sampai sebati antara telur dan susu cair.
6. 1 bahagian lagi rendamkan biskut jagung sekejap sebelum diatur ke dulang pembakar/loyang.
7. Aturkan biskut yang telah direndamkan dengan susu cair tadi di atas dulang pembakar/loyang. Selang selikan dengan sardin yang telah ditumis tadi. Seterusnya curahkan susu yang telah dicampur telur tadi di atas permukaan sardin. Ulang semula dengan meletak biskut dan begitulah sehingga akhirnya biskut berada di permukaan atas.
8. Taburkan sedikit mentega di permukaan biskut.
9. Bakar atau kukus lebih kurang 40 - 50 minit.
10. Sedia untuk dihidangkan. Boleh disesuaikan dengan pencicah (sekiranya suka).


Selamat Mencuba....

Monday, 11 November 2013

SEKADAR BERKONGSI





Assalamualaikum dan salam sejahtera....Video yang saya paparkan ini adalah hasil daripada percubaan yang dibuat belajar sendiri.....entah kali ke berapa....saya sendiri tidak terbilang....walau apapun saya amat-amat bersyukur kerana sentiasa di beri kesempatan untuk belajar....kepada mereka yang telah pakar dalam bidang ini, mohon maaf kerana ianya tidaklah begitu canggih....dan kepada sesiapa yang merasakan ianya sesuai untuk anak-anak didik bolehlah download....semoga perkongsian yang sedikit ini akan mendapat keberkatan berpanjangan....insyallah

ALHAMDULILLAH SELESAI SUDAH....

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera....salam bertamu buat semua teman yang sudi berkunjung ke teratak usang ini....didoakan semoga kita semua berada dalam lindunganNYA....insyallah.......

Kesempatan yang sedikit ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah IPGM KB yang terlibat secara langsung atau tidak, rakan-rakan kuliah PPG Pendidikan Khas Jun 2011 , sahabat handai, rakan taulan, kaum keluarga yang disayangi, suami tercinta yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan serta anak-anak yang sentiasa dihati.....diatas tunjuk ajar, bimbingan, bertukar pandangan dan pengorbanan yang mengiringi hidup saya sepanjang semester 5 ini....Sesunggunya saya tidak mampu membalas dan hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.....Harapan dan doa moga kita semua yang berhubung di alam maya ini akan sntiasa mendapat rahmat dariNYA insyallah.........Alhamdulillah tepat jam 4.33 petang tadi saya telah selesai menduduki peperiksaan semester 5 PPG....Harapan dan doa moga jawapan yang diberikan dapat memenuhi kehendak pensyarah dan saya lulus dengan Cemerlang...Jika di beri keizinan insyallah berjumpa lagi di Semester 6...Insyallah

Friday, 8 November 2013

SALAM TAKZIAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera....kesempatan yang sedikit ini saya ingin mengucapkan SALAM TAKZIAH buat keluarga Cikgu Rasnila, Ketua Kumpulan PPG Pendidikan Khas IPGM KB, di atas pemergian bonda tersayang baru-baru ini. Sesungguhnya kita hanya merancang, ALLAH jua yang menentukannya....


......................................ALFATIHAH.....................................

Monday, 4 November 2013

NOTA TAMBAHAN SEJARAH TERAPI PASIR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....kepada rakan-rakan PPG SEM 5 IPGM KB PENDIDIKAN KHAS, bersama-sama ini saya kongsi NOTA TAMBAHAN SEJARAH TERAPI PASIR dari pensyarah PKB3109. Sekian, harap maklum dan selamat membaca.

Tuesday, 8 October 2013

SALAM TAKZIAH DAN AL-FATIHAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Dalam kesibukan kita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja dan juga sebagai seorang pelajar PJJ....hari ini lebih kurang jam 6.30 pagi saya dikejutkan dengan berita pemergian isteri tercinta seorang pelajar PPG Pendidikan Khas Kohot 1, Semester 5 IPGM Kota Bharu, iaitu Cikgu Zainuddin. Oleh itu seluruh warga PPG Pendidikan Khas Kohot 1, IPGM Kota Bharu Mengucapkan Takziah untuk Cikgu Zaiduddin serta keluarga dan ALFATIHAH untuk aruah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Insyallah. 

Sesungguhnya kita hanya merancang dan Allah jua yang menentukannya.....Daripada DIA kita datang dan kepadaNYA jua kita dikembalikan......

............ALFATIHAH........

Saturday, 5 October 2013

MAKLUMAN UNTUK PPG SEM 5 PENDIDIKAN KHAS IPGM KB

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....dikesempatan ini saya ingin berkongsi mesej yang telah dihantar oleh pensyarah PSV3107 PPG Pendidikan Khas  Semester 5/2013 IPGM Kota Bharu bahawa.....TIADA PEPERIKSAAN ATAU UJIAN PSV3107 PADA INTERAKSI KE 5 12 OKT 2013 NANTI....sebarang makluman akan dimaklumkan semasa interaksi ke 5 nanti. 

Sekian, harap maklum semua dan terima kasih.

Tuesday, 24 September 2013

BUKU RUJUKAN TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera...makluman ditujukan khas buat diri saya sendiri dan juga rakan-rakan PPG Pendidikan Khas, Kohot1 Semester 5, IPGM Kota Bharu.

Buku rujukan TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS yang kita semua telah buat pesanan sebelum ini telah ada di tangan Pn. Farah Dilla (Pensyarah PKB3109)....oleh itu semua rakan-rakan dipohon untuk mendapatkan buku tersebut bersama bayaran RM52 secepat mungkin....untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pn. Farah Dilla sendiri di Jabatan Pendidikan Khas, IPGM Kota Bharu, sebaik-baiknya sebelum Khamis 26 Sept. 2013.

Sekian, harap maklum. Terima Kasih.

Friday, 20 September 2013

BAHAN DAN MAKLUMAT SEMASA LAWATAN PPG PENDIDIKAN KHAS KOHOT 1, SEMESTER 5 IPGM KB PADA 18 DAN 19 SEPT 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera....bersama-sama ini saya kongsi bahan dan maklumat semasa lawatan PPG Pendidikan Khas Kohot 1 IPGM KB pada 18 dan 19 Sept. 2013....kepada semua rakan-rakan selamat mendownload...........

Tuesday, 17 September 2013

MAKLUMAT TENTANG WINDOWS LIVE MOVIE MAKER


Assalamualaikum dan salam sejahtera....selamat berkunjung buat semua tamu yang sudi mengintai-intai apa yang ada di blog yang tidak seberapa ini....terima kasih diucapkan.

Kesempatan masa yang terhad ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat atau ilmu tentang Windows Live Movie Maker yang saya jumpai di blog nur.amalina (terima kasih atas ilmu ini)....saya rasa ilmu dan maklumat ini begitu berharga kepada mereka-mereka yang baru-baru berjinak mempelajari ilmu tentang pengeditan video seperti saya....dan saya rasa ianya begitu penting buat mereka yang masih bergelar pelajar(saya sendiri)....saya rasa terpanggil untuk berkongsi ilmu sebegini di halaman maya ini kerana ianya sesuai untuk kerja-kerja pengeditan video (tugasan) yang akan diserahkan kepada pensyarah tidak lama lagi....apa-apa pun jom tengok....

1. Langkah-langkah membuka Windows Live movie maker?.
  • klik start
  • klik windows live movie maker
2, Apa fungsi split?.
  • untuk memisahkan video
3. Bagaimana cara menghilangkan suara video?.
  • klik video tools
  • klik video volume
  • kursor di arahkan ke kiri
4. Apa fungsi animations?.
  • untuk memberi animasi 
5. Cara menambah video?.
  • klik add videos and photos
  • klik data D 
  • pilih video 
  • klik open
6. Apa fungsi text Durations?.
  • untuk mengatur lama dan pendeknya tulisan yang akan di tampilkan,
7. Bagaimana cara menambah tulisan pada video?.
  • taruh kursor pada tempat yang akan di beri tulisan
  • klik title
  • klik kata yang akan di tulis

8. bagaimana cara menambah musik dalam Video?.
  • klik add music 
  • klik data D
  • pilih lagu/musik yang di inginkan
  • pilih open
9. Apa fungsi fisual Effect?.
  • fisual effect berfungsi untuk memberi effect pada video dan foto.
10. Apa fungsi Bringht ness?.
  • berfungsi untuk mengatur ke cerahan.


Terima kasih diucapkan kepada :blog nur amalina

Sunday, 15 September 2013

MAKLUMAN PENTING UNTUK PPG PENDIDIKAN KHAS KOHOT 1 SEMESTER 5, IPGM KB


Assalamualaikum dan salam sejahtera.....Makluman dan pesanan penting ini ditujukan khas buat diri sendiri juga rakan-rakan yang seangkatan PPG PENDIDIKAN KHAS KOHOT 1 SEMESTER 5 IPGM KOTA BHARU, TENTANG LAWATAN ILMIAH TERAPI KE KUALA LUMPUR PADA 18 DAN 19 SEPTEMBER, 2013

Kutipan sebanyak RM50 (bayaran penginapan dan juga sedikit cenderahati) akan dibuat pada pagi Rabu 18 September, 2013 iaitu sebelum berlepas ke Kuala Lumpur. Bayaran tersebut boleh di jelaskan kepada Ketua Kelas (KK- Cg Rasnila) atau Penolong Ketua Kelas (PKK - Ustzh Suriana) semasa berada di Lapangan Terbang Kota Bharu. Harap dapat antara kita memanjangkan makluman ini kepada rakan-rakan lain...doa dan harapan semoga perjalanan dan aktiviti kita di PERMUDAHKAN olehNYA.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Wednesday, 11 September 2013

MAKLUMAN PENTING UNTUK PPG PENDIDIKAN KHAS KOHOT 1 IPGM KB

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Makluman dan pesanan penting ini ditujukan khas buat diri sendiri juga rakan-rakan yang seangkatan PPG PENDIDIKAN KHAS KOHOT 1 SEMESTER 5 IPGM KOTA BHARU

1. Masa PKB3109 jam 8.00 hingga 10.00 pagi Interaksi ke 3 pada 14 September, 2013 akan diambil alih oleh pensyarah PKB 3110 untuk pembentangan Tugasan Sains. Oleh itu harap maklum semua, tugasan PK Sains perlu disiapkan semasa hari pembentangan beserta dengan tugasan yang telah di print tanpa refleksi kerana refleksi perlu dibuat selepas pembentangan. Tugasan tersebut perlu dibawa bersama semasa interaksi ke 3 nanti.

2. Pn Farah Dilla, pensyarah PKB3109 mohon kerjasama dari kita semua agar dapat menghadirkan diri ke kuliah pada interaksi ke 3 nanti lebih awal sedikit kerana beliau akan memberi taklimat tentang lawatan ke Kuala Lumpur seperti yang telah disedia maklum. Tiket penerbangan juga akan diserahkan pada hari Sabtu ini 14 September, 2013.

Sekian, harap maklum. Terima Kasih.

Tuesday, 10 September 2013

MAKLUMAN UNTUK PPG PENDIDIKAN KHAS SEM5 KOHOT 1 IPGM KB

Assalamualaikum dan salam sejahtera....makluman dan pesanan daripada pensyarah ditujukan khas buat rakan-rakan seangkatan PPG Kohot 1 Pendidikan Khas IPGM Kota Bharu.

1. Buku rujukan terapi yang kita semua telah buat pesanan semasa interaksi 2 baru-baru ini akan di pos dalam sehari dua lagi oleh pengedar, oleh itu mohon kerjasama dari rakan-rakan semua, agar dapat sediakan bayaran sebanyak RM52 untuk 3 buah buku. Buku tersebut besar kemungkinan akan kita perolehinya pada interaksi ke 3 nanti iaitu 14 Sept. 2013.

2. Surat iringan untuk memohon cuti tanpa rekod bagi tujuan lawatan ke Kuala Lumpur akan diperolehi juga pada interaksi ke 3 nanti, 14 Sept. 2013. Harap rakan-rakan semua dapat bersabar.

Sekian, untuk makluman dan peringatan buat diri sendiri juga. Terima Kasih.

Tuesday, 3 September 2013

SOALAN TUGASAN KKBI PKB3109 - TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera....Makluman dan peringatan ini ditujukan khas buat semua rakan-rakan PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 5 IPGM KOTA BHARU. Bersama-sama ini saya kemukakan SOALAN TUGASAN PKB3109 yang telah diemailkan oleh pensyarah PKB3109 - Pn. Farah Dilla bt. Ramli....diharap semua rakan-rakan dapat mendownloadnya dan dapat panjangkan maklumat ini antara kita semua .....sekian harap maklum. Terima kasih.


Sunday, 1 September 2013

SOALAN TUGASAN PKB3110 - SAINS BAGI PELAJAR PPG SEM5/IPGM KAMPUS KB

Assalamualaikum dan salam sejahtera....kepada rakan-rakan yang seangkatan dan masih tercari-cari soalan tugasan yang telah pun di update di blog ini sebelum ini....sekali lagi hari ini saya kemaskini semula soalan tugasan PKB3110 - SAINS (KHAS Untuk mereka yang masih belum memilikinya)....kepada rakan-rakan semua Selamat Menyiapkan Tugasan ..........




Wednesday, 28 August 2013

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU KBSR

Assalamualaikum dan salam sejahtera....Terlebih dahulu syukur tidak terhingga pada Ilahi kerana masih memberi ruang waktu dan masa untuk berjumpa sekali lagi di alam maya dan terima kasih kerana sudi menjadi tetamu saya di alam maya....Selamat menyiapkan tugasan KKBI buat semua para sahabat yang di kasihi walau dimana sahaja kita berada.....dalam kekalutan dan kesibukan sudah tentu kita memerlukan banyak bahan rujukan dan panduan....oleh itu di kesempatan yang sedikit ini saya dengan rendah hati ingin berkongsi SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU KBSR yang sememangnya diperlukan oleh saya sendiri dan juga rakan-rakan PPG Sem5 Pendidikan Khas IPGM KB.Kepada rakan-rakan yang berminat dan masih belum memilikinya selamat mendownload.....





Wednesday, 14 August 2013

IKHLAS DARI KAMI SEKELUARGA

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Ucapan Ikhlas Dari Kami Sekeluarga....
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan masih diberikan kesempatan ruang dan peluang untuk bersama lagi di bulan Ramadhan serta menyambut Aidilfitri di tahun hadapan....insyallah

HURAIAN SUKATAN KOMPONEN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera....beersama-sama ini saya kongsi HURAIAN SUKATAN KOMPONEN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR....khas untuk rakan-rakan PPG SEM 5 yang belum memilikinya.....tujuannya adalah sebagai rujukan untuk menyiapkan tugasan Sains PKB3110.....semoga perkongsian yang sedikit ini akan memberi seribu keberkatan kepada kita semua...insyallah

Wednesday, 24 July 2013

MAKLUMAN KHAS LAWATAN SAMBIL BELAJAR PPG SEM5 PKHAS IPGM KB




SENARAI NAMA PASANGAN SETIAP BILIK PENGINAPAN LAWATAN KE KUALA LUMPUR PADA 18 DAN 19 SEPT. 2013

BIL
NAMA PESERTA (LELAKI)
1
MOHD RASNILA B AWANG SEMAN
AZIZ B. MAT HUSSIN
2
MOHD ZULKIFLI BT. CHE OMAR
MAT FAKRUZI BIN MUHAMMAD
3
MD NAZRI B. MD NAWI
MOHD RIDZUAN B. NOHD NOOR
4
ZAINUDIN B. CHE IBRAHIM
MOHD HASRI B. HAMZAH
5
WAN MOHD FADLY BIN WAN MAHMOOD
SHAMSHUDDIN  BIN  HUSSIN
6
WAN NOORHAMFANDI B. WAN YUSUF                                    
MUHAMMAD RAHIMI B. MAIIDIN
7
ISKANDAR B. ISMAIL
MOHD  KHALIL FIRDAUS B. PUADULZAKI
BIL
NAMA PESERTA (PEREMPUAN)
1
SAMSIAH BT. MOOD NOOR
NOR SHAMSIAH BT. ISMAIL
SITI RAMLAH BT. DAUD
2
NORAZIRA BT. MOHAMAD ZIN
MAZLAN B. MAHASAN
3
NOOR AZIZAH BT. ABDULLAH
ASMAT BT DAUD
4
NORHASLINDA BT. HASSAN
SURIANA BT. OMAR
5
SITI SHALWANI BT. SHAFII
ROSLIDA BT. MOHAMED
6
ROSNI BT. HUSSIN
NOOR AINI BT. PARLAN
7
NOOR SHUHAIDA BT. RAMLI
HASMANIZAM BT. MAHMOOD
8
ROHANA BT MAT SOH
NOOR ZAHARINA BINTI MOHD NOOR

Monday, 22 July 2013

MAKLUMAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR PPG SEM5 PENDIDIKAN KHAS IPG KB

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....Makluman dan perhatian ditujukan khas kepada rakan-rakan PELAJAR PPG SEMESTER 5 PENDIDIKAN KHAS IPG KB. Lawatan sambil belajar seperti yang telah dibincangkan sebelum ini adalah berjalan seperti biasa dan seperti yang sedia maklum tempahan tiket Kapal Terbang telah pun dibuat dan maklumat ringkas tentang lawatan adalah seperti berikut :-

Tarikh bertolak KB KL 18 September, 2013 (jam 8.00 pagi) - AIR ASIA
Tarikh balik KL KB 19 September, 2013 (jam 8.30 malam) - AIR ASIA

Bayaran harga tiket sebanyak RM 208 perlu dijelaskan terus kepada CG SAMSIAH BT. MOHD NOOR melalui akaun bank CIMB....No akaun adalah seperti yang telah diwawarkan sebelum ini melalui mesej ataupun Wassap. 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Cg Rasnila b. Awang Seman(Nila) atau Cg Samsiah bt. Mohd Noor(Kak Sam) atau Cg Nor Shamsiah bt. Ismail(Nor)

Sekian, harap maklum dan terima kasih.
Hasil Kerjatangan Dan Sulamanku..... Slideshow: NH’s trip to Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

ASMAUL-HUSNA

AL-QURAN ON-LINE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...