Assalamualaikum dan salam sejahtera....Selamat Datang dan terima kasih kepada para tamu yang sudi bertandang di laman maya ini....Petikan cerita di bawah telah saya jumpai di blog http://syazalina83.blogspot.com....oleh kerana saya merasakan ada sesuatu yang tersirat di dalam cerita ini.....maka sebagai ingatan buat diri sendiri dan saya juga ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua.....selamat membaca.....
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya
pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang
menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar
dan guru tersebut berbunyi begini :
" Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai
orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak
berkekalan? "
" Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang
saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya. "
" Baiklah...apa yang saya harus buat? "
" Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang
juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput
di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas. "
" Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. "
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang
berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
" Mana rumput yang cikgu suruh petik? "
" Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput
yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada
banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya
pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa
menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak
jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang
saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang
semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik. "
" Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan
seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang
lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan
kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang
berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.
Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita
boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut
walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan
ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan
paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik
dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak
boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. "
Mengapa dicari secantik Balqis,
andai diri tidak sehebat Sulaiman..
Mengapa mengharap teman setampan Yusof
jika kasih tidak setulus Zulaikha.....
Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim
andai diri tidak sehebat Siti Hajar..
Mengapa didambakan teman sehidup
yang sempurna Muhammad
jika ada keburukan pada diri..
Bimbinglah dirinya dan terimalah
kekurangan itu sebagai keunikan..
Carilah kebaikan itu pada dirinya.
Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya
dan berdoalah dia milikmu...