HARAP DAPAT TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI SEBELUM MENGAMBIL SEBARANG BAHAN ATAU MAKLUMAT ...T/KASIH

Coretan Buat Diri Sendiri....

Coretan Buat Diri Sendiri....

Tuesday, 24 September 2013

BUKU RUJUKAN TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera...makluman ditujukan khas buat diri saya sendiri dan juga rakan-rakan PPG Pendidikan Khas, Kohot1 Semester 5, IPGM Kota Bharu.

Buku rujukan TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS yang kita semua telah buat pesanan sebelum ini telah ada di tangan Pn. Farah Dilla (Pensyarah PKB3109)....oleh itu semua rakan-rakan dipohon untuk mendapatkan buku tersebut bersama bayaran RM52 secepat mungkin....untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pn. Farah Dilla sendiri di Jabatan Pendidikan Khas, IPGM Kota Bharu, sebaik-baiknya sebelum Khamis 26 Sept. 2013.

Sekian, harap maklum. Terima Kasih.

Friday, 20 September 2013

BAHAN DAN MAKLUMAT SEMASA LAWATAN PPG PENDIDIKAN KHAS KOHOT 1, SEMESTER 5 IPGM KB PADA 18 DAN 19 SEPT 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera....bersama-sama ini saya kongsi bahan dan maklumat semasa lawatan PPG Pendidikan Khas Kohot 1 IPGM KB pada 18 dan 19 Sept. 2013....kepada semua rakan-rakan selamat mendownload...........

Tuesday, 17 September 2013

MAKLUMAT TENTANG WINDOWS LIVE MOVIE MAKER


Assalamualaikum dan salam sejahtera....selamat berkunjung buat semua tamu yang sudi mengintai-intai apa yang ada di blog yang tidak seberapa ini....terima kasih diucapkan.

Kesempatan masa yang terhad ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat atau ilmu tentang Windows Live Movie Maker yang saya jumpai di blog nur.amalina (terima kasih atas ilmu ini)....saya rasa ilmu dan maklumat ini begitu berharga kepada mereka-mereka yang baru-baru berjinak mempelajari ilmu tentang pengeditan video seperti saya....dan saya rasa ianya begitu penting buat mereka yang masih bergelar pelajar(saya sendiri)....saya rasa terpanggil untuk berkongsi ilmu sebegini di halaman maya ini kerana ianya sesuai untuk kerja-kerja pengeditan video (tugasan) yang akan diserahkan kepada pensyarah tidak lama lagi....apa-apa pun jom tengok....

1. Langkah-langkah membuka Windows Live movie maker?.
  • klik start
  • klik windows live movie maker
2, Apa fungsi split?.
  • untuk memisahkan video
3. Bagaimana cara menghilangkan suara video?.
  • klik video tools
  • klik video volume
  • kursor di arahkan ke kiri
4. Apa fungsi animations?.
  • untuk memberi animasi 
5. Cara menambah video?.
  • klik add videos and photos
  • klik data D 
  • pilih video 
  • klik open
6. Apa fungsi text Durations?.
  • untuk mengatur lama dan pendeknya tulisan yang akan di tampilkan,
7. Bagaimana cara menambah tulisan pada video?.
  • taruh kursor pada tempat yang akan di beri tulisan
  • klik title
  • klik kata yang akan di tulis

8. bagaimana cara menambah musik dalam Video?.
  • klik add music 
  • klik data D
  • pilih lagu/musik yang di inginkan
  • pilih open
9. Apa fungsi fisual Effect?.
  • fisual effect berfungsi untuk memberi effect pada video dan foto.
10. Apa fungsi Bringht ness?.
  • berfungsi untuk mengatur ke cerahan.


Terima kasih diucapkan kepada :blog nur amalina

Sunday, 15 September 2013

MAKLUMAN PENTING UNTUK PPG PENDIDIKAN KHAS KOHOT 1 SEMESTER 5, IPGM KB


Assalamualaikum dan salam sejahtera.....Makluman dan pesanan penting ini ditujukan khas buat diri sendiri juga rakan-rakan yang seangkatan PPG PENDIDIKAN KHAS KOHOT 1 SEMESTER 5 IPGM KOTA BHARU, TENTANG LAWATAN ILMIAH TERAPI KE KUALA LUMPUR PADA 18 DAN 19 SEPTEMBER, 2013

Kutipan sebanyak RM50 (bayaran penginapan dan juga sedikit cenderahati) akan dibuat pada pagi Rabu 18 September, 2013 iaitu sebelum berlepas ke Kuala Lumpur. Bayaran tersebut boleh di jelaskan kepada Ketua Kelas (KK- Cg Rasnila) atau Penolong Ketua Kelas (PKK - Ustzh Suriana) semasa berada di Lapangan Terbang Kota Bharu. Harap dapat antara kita memanjangkan makluman ini kepada rakan-rakan lain...doa dan harapan semoga perjalanan dan aktiviti kita di PERMUDAHKAN olehNYA.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Wednesday, 11 September 2013

MAKLUMAN PENTING UNTUK PPG PENDIDIKAN KHAS KOHOT 1 IPGM KB

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Makluman dan pesanan penting ini ditujukan khas buat diri sendiri juga rakan-rakan yang seangkatan PPG PENDIDIKAN KHAS KOHOT 1 SEMESTER 5 IPGM KOTA BHARU

1. Masa PKB3109 jam 8.00 hingga 10.00 pagi Interaksi ke 3 pada 14 September, 2013 akan diambil alih oleh pensyarah PKB 3110 untuk pembentangan Tugasan Sains. Oleh itu harap maklum semua, tugasan PK Sains perlu disiapkan semasa hari pembentangan beserta dengan tugasan yang telah di print tanpa refleksi kerana refleksi perlu dibuat selepas pembentangan. Tugasan tersebut perlu dibawa bersama semasa interaksi ke 3 nanti.

2. Pn Farah Dilla, pensyarah PKB3109 mohon kerjasama dari kita semua agar dapat menghadirkan diri ke kuliah pada interaksi ke 3 nanti lebih awal sedikit kerana beliau akan memberi taklimat tentang lawatan ke Kuala Lumpur seperti yang telah disedia maklum. Tiket penerbangan juga akan diserahkan pada hari Sabtu ini 14 September, 2013.

Sekian, harap maklum. Terima Kasih.

Tuesday, 10 September 2013

MAKLUMAN UNTUK PPG PENDIDIKAN KHAS SEM5 KOHOT 1 IPGM KB

Assalamualaikum dan salam sejahtera....makluman dan pesanan daripada pensyarah ditujukan khas buat rakan-rakan seangkatan PPG Kohot 1 Pendidikan Khas IPGM Kota Bharu.

1. Buku rujukan terapi yang kita semua telah buat pesanan semasa interaksi 2 baru-baru ini akan di pos dalam sehari dua lagi oleh pengedar, oleh itu mohon kerjasama dari rakan-rakan semua, agar dapat sediakan bayaran sebanyak RM52 untuk 3 buah buku. Buku tersebut besar kemungkinan akan kita perolehinya pada interaksi ke 3 nanti iaitu 14 Sept. 2013.

2. Surat iringan untuk memohon cuti tanpa rekod bagi tujuan lawatan ke Kuala Lumpur akan diperolehi juga pada interaksi ke 3 nanti, 14 Sept. 2013. Harap rakan-rakan semua dapat bersabar.

Sekian, untuk makluman dan peringatan buat diri sendiri juga. Terima Kasih.

Tuesday, 3 September 2013

SOALAN TUGASAN KKBI PKB3109 - TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera....Makluman dan peringatan ini ditujukan khas buat semua rakan-rakan PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 5 IPGM KOTA BHARU. Bersama-sama ini saya kemukakan SOALAN TUGASAN PKB3109 yang telah diemailkan oleh pensyarah PKB3109 - Pn. Farah Dilla bt. Ramli....diharap semua rakan-rakan dapat mendownloadnya dan dapat panjangkan maklumat ini antara kita semua .....sekian harap maklum. Terima kasih.


Sunday, 1 September 2013

SOALAN TUGASAN PKB3110 - SAINS BAGI PELAJAR PPG SEM5/IPGM KAMPUS KB

Assalamualaikum dan salam sejahtera....kepada rakan-rakan yang seangkatan dan masih tercari-cari soalan tugasan yang telah pun di update di blog ini sebelum ini....sekali lagi hari ini saya kemaskini semula soalan tugasan PKB3110 - SAINS (KHAS Untuk mereka yang masih belum memilikinya)....kepada rakan-rakan semua Selamat Menyiapkan Tugasan ..........




Hasil Kerjatangan Dan Sulamanku..... Slideshow: NH’s trip to Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

ASMAUL-HUSNA

AL-QURAN ON-LINE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...