HARAP DAPAT TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI SEBELUM MENGAMBIL SEBARANG BAHAN ATAU MAKLUMAT ...T/KASIH

Coretan Buat Diri Sendiri....

Coretan Buat Diri Sendiri....

Wednesday, 4 December 2013

MASIH BERBICARA SEBAGAI TUKANG JAHIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Pejam celik...pejam celik...rupa2nya dah hampir 3 minggu cuti sekolah dan cuti daripada buku2.....alhamdulillah kesempatan yang diberikan tidak disia2kan....saya masih menggunakan kesempatan ini dengan kerja2 jahit menjahit dan sulam menyulam....sesungguhnya saya amat2 bersyukur padaNYA diatas Anugerah yang diberikan....semoga saya sentiasa berada di dalam kalangan mereka2 yang tahu menghargai masa, ruang dan peluang yang ada....insyallah...

Jom cuci mata....aktiviti sepanjang cuti sekolah ini......



 Inilah percubaan pertama cover Galaxy Note 10.1 Samsung....berbekalkan imaginasi semata2 tanpa sebarang toturiol....alhamdulillah hasilnya...........


 Tempahan sedia untuk di po
 Cover buku Quit bersulam nama.......Tkasih

 Tempahan bag pelbagai guna, cover buku RPH dan pencil box...milik Cg Masniza....tkasih

 Cover Galaxy Note 10.1 Samsung....milik Cg Samsiah......Tkasih

Cover Note 7.0 Samsung....milik Cg Siti Ramlah.....Tkasih

 Cadar tempahan dari Cg Samsiah....Tkasih

Cover buku Quit bersulam nama...milik Cg Hasnidawati dan Cg Rohaya....Tkasih

Monday, 25 November 2013

AKTIVITI CUTI SEKOLAH LAGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera....masih lagi dalam bercuti dan masih memegang jawatan sebagai tukang jahit....alhamdulillah sepanjang beberapa hari ini saya sempat menyiapkan tempahan dari rakan-rakan yang sabar menunggu....semoga mereka semua berpuas hati dengan hasil kerja tangan saya....tanpa merapu yang bukan-bukan.....jom cuci mata........


 Cover box aksesori....tempahan dari Pn. Ziana...terima kasih

 Pelbagai alas dekorasi ruang tamu dan dapur...tempahan dari Pn. Azura....terima kasih

Pelbagai alas deko dapur....tempahan dari Pn. Marshitah....terima kasih

Kepada rakan-rakan yang berminat boleh ke FB saya ...tkasih.

Tuesday, 19 November 2013

AKTIVITI HARIAN SEMPENA CUTI SEKOLAH

Setiap kali tibanya musim cuti sekolah....mahu tak mahu saya pasti akan memegang jawatan tambahan sebagai tukang jahit....Setelah beberapa hari bercuti ini saya sempat siapkan....tempahan cadar, 2 buah tote bag pelbagai guna dan 2 helai tuala sulaman....jom cuci mata.....


 Tote bag pelbagai guna saiz M
 


  Tote bag pelbagai guna saiz M

  Pandangan bahagian dalam cadar....getah keliling cadar menutup tilam


Wednesday, 13 November 2013

RESEPI 'MARTABAK BISKUT JAGUNG'



Assalamualaikum dan salam sejahtera....Selamat berehat buat teman-teman seperjuangan....sempenan cuti kelepasan baru-baru ini saya sempat membuat "Martabak Biskut Jagung". Ianya merupakan makanan kegemaran keluarga saya dan yang paling penting ianya mudah disediakan dan sedap dimakan. Bersama-sama ini saya kongsikan resepi yang amat-amat mudah ini untuk tatapan sesiapa sahaja yang ingin mencubanya.....Selamat Mencuba.....

 

RESEPI MARTABAK BISKUT JAGUNG

1/2 bungkus biskut jagung "Cream Crackers Cap Ping Pong"
 (saya pernah guna cap lain tapi rasanya kurang enak)
1 tin sardin "Mackerel"
1 tin susu cair
9 biji telur ayam gred A (pukul bersama susu cair hingga sebati)
2 labu bawang putih (ditumbuk halus)
Sedikit mentega
Beberapa sudu rempah kari daging (saya anggarkan sahaj)
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit Garam dan serbuk perasa

Cara-cara Membuatnya :-
1. Tumis bawang putih bersama rempah kari seperti kita nak masak kari.
2. Setelah agak sebati masukkan isi sardin bersama sedikit kuahnya dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan garam, serbuk perasa dan sesuaikan rasa. Angkat.
4. Didalam dulang pembakar / loyang (saya guna pemangan/periuk ajaib) sapukan sedikit marjerin.
5. Bahagikan susu kepada 3 bahagian. 2 bahagian campurkan dengan telur. Kacau sampai sebati antara telur dan susu cair.
6. 1 bahagian lagi rendamkan biskut jagung sekejap sebelum diatur ke dulang pembakar/loyang.
7. Aturkan biskut yang telah direndamkan dengan susu cair tadi di atas dulang pembakar/loyang. Selang selikan dengan sardin yang telah ditumis tadi. Seterusnya curahkan susu yang telah dicampur telur tadi di atas permukaan sardin. Ulang semula dengan meletak biskut dan begitulah sehingga akhirnya biskut berada di permukaan atas.
8. Taburkan sedikit mentega di permukaan biskut.
9. Bakar atau kukus lebih kurang 40 - 50 minit.
10. Sedia untuk dihidangkan. Boleh disesuaikan dengan pencicah (sekiranya suka).


Selamat Mencuba....

Monday, 11 November 2013

SEKADAR BERKONGSI





Assalamualaikum dan salam sejahtera....Video yang saya paparkan ini adalah hasil daripada percubaan yang dibuat belajar sendiri.....entah kali ke berapa....saya sendiri tidak terbilang....walau apapun saya amat-amat bersyukur kerana sentiasa di beri kesempatan untuk belajar....kepada mereka yang telah pakar dalam bidang ini, mohon maaf kerana ianya tidaklah begitu canggih....dan kepada sesiapa yang merasakan ianya sesuai untuk anak-anak didik bolehlah download....semoga perkongsian yang sedikit ini akan mendapat keberkatan berpanjangan....insyallah
Hasil Kerjatangan Dan Sulamanku..... Slideshow: NH’s trip to Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

ASMAUL-HUSNA

AL-QURAN ON-LINE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...