HARAP DAPAT TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI SEBELUM MENGAMBIL SEBARANG BAHAN ATAU MAKLUMAT ...T/KASIH

Coretan Buat Diri Sendiri....

Coretan Buat Diri Sendiri....

Sunday, 28 October 2012

SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN IPGM KB


Assalamualaikum dan salam sejahtera...pada pagi ini saya ingin kongsi maklumat yang diperolehi dari web utama IPGM KB...khas untuk semua pelajar IPGM KB tentang peperiksaan akhir semester.....

Slip kelayakan menduduki peperiksaan boleh dicetak melalui website www.upenipgkkb.edu.my seperti berikut :

26 Oktober 2012 -- PISMP Sem 2 , 4 & 6
 
27 Oktober 2012 -- PISMP Sem 8 ,DPLI Sem 2 & PPISMP Sem 3
 
28 Oktober 2012 -- PPISMP Sem 1 & 2
 
29 Oktober 2012 -- PPG Sem 2
 
01 Nov 2012 --------- PPG Sem 3
 
Sila pastikan semua pelajar :
    - Menghantar semua tugasan kerja kursus
    - Lulus dalam semua tugasan kerja kursus
    - Cukup kehadiran ke kuliah
 
Sekian, terima kasih. Semoga perkongsian ini mendapat kebaikan bersama.Insyallah...

Tuesday, 23 October 2012

SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN PPG IPGM KB


Assalamulaikum dan salam sejahtera.....pada petang yang mendamaikan ini saya ingin berkongsi satu maklumat penting yang telah disampaikan dalam taklimat peperiksaan pagi tadi di IPGM KB. SLIP PEPERIKSAAN PPG November, 2012 boleh di DOWNLOAD dari web RASMI IPGM KB mulai 26 Oktober, 2012. Sekian, terima kasih.

Monday, 22 October 2012

KELAS TAMBAHAN PPG (PKHAS) SEM 3 IPGM KB


Assalamualaikum dan  salam sejahtera....kesempatan yang ada pada hari ini saya ingin menyampaikan pesanan daripada pensyarah Pend Khas(BI), Tn. Hj. Salime IPGM KB. Perhatian dan makluman ditujukan kepada semua rakan-rakan yang seangkatan dengan saya iaitu Pelajar PPG (Pendidikan Khas) Sem 3/2012 IPGM Kota Bharu, kelas tambahan BI Pend. Khas, (pensyarah Tn. Hj. Salime) akan diadakan pada ketetapan berikut:-
 
TARIKH : 3 NOVEMBER, 2012
HARI : SABTU
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : BILIK KULIAH, IPGM KOTA BHARU

Sehubungan dengan itu, di harap kita semua dapat menghadirinya tanpa aral yang melintang. Insyallah.

Sunday, 21 October 2012

JADUAL PEPERIKSAAN PPG SEM 3 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....bersama-sama ini saya ingin berkongsi sebagai peringatan buat diri sendiri .....Jadual peperiksaan PPG Sem 3 2012 IPGM Kota Bharu .....maklumat lanjut boleh didapati di web IPGM KB. Terima kasih


Wednesday, 17 October 2012

FROG SPOT OH FROG SPOT


Salam bertemu kembali.....rasa saya FROG SPOT bukanlah sesuatu yang asing bagi kita semua terutama yang bergelar pendidik.... sejak akhir-akhir ini semua sekolah sedang memberi kursus pendedahan kepada semua guru, kakitangan dan seluruh warga sekolah tentang FROG SPOT. Tidak ketinggalan juga sekolah saya....dan saya juga telah mengikuti kursus ini dengan jayanya....pada mulanya saya rasa 'kekok' juga sebab telah terbiasa dengan BLOG SPOT tetapi berkat kesungguhan menuntut ilmu akhirnya alhamdulillah apa yang telah diberi penerangan sehingga hari ini dapat dilaksanakan dengan kemampuan yang maksima oleh saya.....kepada rakan-rakan yang belum membuatnya percayalah ianya menarik dan tidaklah sesukar mana....insyallah semua orang mampu membuatnya selagi kita boleh membaca menulis dan yang penting kesungguhan dalam mengutip ilmu dari yang lebih pandai.....ianya sesuatu yang baru amat baik dan bernilai untuk semua, guru, murid, pentadbir, kakitangan dan tidak ketinggalan para ibu bapa.....kesempatan yang ada pada hari ini saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan guru yang benyak berkongsi ilmu tentang FROG SPOT, semoga ilmu yang diperolehi mendapat keberkatan dariNYA...insyallah.....cuma apa yang penting sekarang....hanya kita sebagai pelaksana......tepuk dada tanya hati.....
Hasil Kerjatangan Dan Sulamanku..... Slideshow: NH’s trip to Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

ASMAUL-HUSNA

AL-QURAN ON-LINE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...